Suami direct tanya betul ke Fatin Afeefa kahwin sebab dia kaya, ini jawapan selamba dari Fatin

7,206 views

Pelakon cantik Fatin Afeefa kini telahpun selamat bergelar isteri kepada jutawan muda bernama Aliff Awang. 

Selesai majlis pernikahan pasangan ini, ramai yang mula mengikuti siapakah gerangan Aliff Awang ini dan apakah kerjayanya sehingga bergelar jutawan. 

Semuanya terungkai apabila mengetahui bahawa Aliff Awang yang baru berumur awalan 30an ini merupakan antara trader yang berjaya di negara ini. 

Setelah berkahwin, Fatin Afeefa ada muatnaik foto bersama suaminya itu di sisi sebuah kereta mewah yang boleh dikatakan supercar. 

Kereta berkenaan ialah kereta Mclaren Novitec yang berwarna hijau. Dikatakan harganya boleh mencecah jutaan ringgit tu.  

Seperti biasa, bila dah nampak kekayaan luar biasa suaminya, ada yang mula mengatakan bahawa Fatin Afeefa ini mengahwini Aliff Awang hanya disebabkan kekayaannya saja. 

Melihat banyak komen sedemikian, Aliff Awang yang mesra dipanggil Opai, telah tampil membuat satu video dan terus bertanya kepada isterinya tentang benarkah Fatin Afeefa kahwininya sebab hartanya. 

“Ada mamat yang komen dan cakap yang Fatin ni kahwin dengan Opai sebab Opai ada kereta mahal je, naik Mclaren.” 

“Jom aku panggil bini aku sendiri. Kita tanya bini aku dia kahwin dengan aku sebab apa.” 

“Sayang oh yang. Betul ke you kahwin dengan I sebab I ni naik Mclaren?” Tanya Aliff Awang kepada Fatin Afeefa. 

Pelakon ini kemudian memberi jawapannya yang tersendiri, ini komen dari Fatin Afeefa. 

“By, I nak you tahu satu perkara. Awak bukan orang kaya pertama yang dah approach saya. Tetapi you yang paling kacak, handsome.” 

“Jadi, I kahwin dengan you kerana you ni memang handsome, comel, kalau I pejam mata pun, I boleh rasa handsome you tu.” 

“Yang bab kaya tu saya letak nombor dua.” Itulah jawapan dari Fatin Afeefa mengapa dia mengahwini Aliff Awang. 

Apapun tahniah buat pasangan pengantin baru ini, semoga Fatin Afeefa dan suami Aliff Awang atau Opai akan bahagia selalu.