Ramai kata pandai Datuk Yusry jaga Datin Lisa Surihani, tapi Yusry tak mahu ambil kredit

2,608 views

Pelakon popular Datin Lisa Surihani kini amat berseri-seri dengan penampilan terkininya dengan memakai hijab serta pemakaian yang berlandaskan shariah.

Tanpa fesyen yang berlebihan dan hanya tampil sopan dan simple, Lisa Surihani telah mendapat pujian dari orang ramai, yang suka dengan penghijrahan Lisa Surihani ini.

Sungguhpun masih aktif dengan pelbagai event dan majlis, penampilan Lisa Surihani buat ramai yang sejuk mata memandang.

Sudah tentu ramai juga yang mahu mendengar sendiri kata-kata dari suaminya iaitu Datuk Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU tentang kisah perubahan Lisa Surihani ini.

Melalui satu tembual Bersama Mstar, Yusry mendedahkan apa yang berlaku semua di atas kehendak serta usaha Lisa Surihani sendiri.

Jelasnya, semua yang berlaku bermula setelah mereka melakukan ibadah umrah tak lama dulu.

“Semua itu memang diri dia, Itu apa yang dia mahukan. Tiada gunanya kalua buat sesuatu tu bukan kerana Tuhan.”

“Jika seseorang tu memakai tudung sebab suami yang suruh buat apa, dia buat tu semuanya kerana Illahi.”

“Saya sentiasa memberi restu kepadanya. Saya pun tak ada pernah kata, eh pakai macam ni, pakai macam tu.”

“Dulu mula-mula dulu, dia ada tanya, saya nak pakai tudung what do you think, saya kata kalau itu you nak buat, boleh saja buat.”

Yusry menjelaskan dia tidak ada memberi arahan kepada isterinya itu, semuanya kemahuan Lisa Surihani sendiri.

“Even dia kurang berlakon tu, bukan saya yang suruh dia kurang dalam bidang seni. Dia sendiri yang kata nak kurang berlakon.”

“Saya bukan nak ambil credit, kononnya oh bagus lah Yusry ni, pandai jaga isteri. Saya hanya beri restu saja. Apa yang dia nak, saya tak pernah nak melarang. Kecuali kalua benda yang tak eloklah, dah tentu saya laranglah. Dia buat benda elok, syukur lah.”

Itulah komen dari Datuk Yusry Abdul Halim tentang penampilan isterinya Datin Lisa Surihani.