Nabila Razali beli skuter limited edition Vespa Dior, harga cecah enam angka

945 views

Nama Nabila Razali kini dah cukup dikenali ramai. Sebagai penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang lebih mesra di sapa dengan nama Bella sudah pun boleh dikatakan dah cukup gah namanya dalam dunia seni tanah air negara kita ini.

Setelah penat berkerja dan mempunyai pendapatan yang secukupnya, dah tentu seseorang itu akan beri self reward, ye betul ganjaran untuk diri sendiri.

Begitu jugalah dengan Nabila Razali. Selebriti berumur 29 tahun ini mempunyai minat yang medalam dengan motorsikal jenis Vespa.

Oleh itu, Bella telah pun membeli sebuah motorsikal skuter jenama Vespa yang merupakan limited edition.

Edisi kali ini merupakan kolaborasi antara dua jenama terkenal dunia iaitu Vespa dan juga Christion Dior.

Motor skuter yang dibeli ini ialah limited edition Vespa 946 Christion Dior.

Di laman media social miliknya, Nabila Razali telah upload gambar serta sedikit video motor Vespa Dior miliknya itu.

Nabila telah buat unboxing motorsikal yang baru sampai itu. Memang cantik motor yang berwarna cream itu.

“Ini dah lama dah saya tunggu, bukan seminggu dua tapi dah tunggu selama setahun, akhirnya dah sampai pun.”

“Sebelum ini saya ada beli Vespa, kali ni Bella nak upgrade dan kena ambil edisi ini. Memang comel kan.”

“Warna motor ni memang signature color untuk Dior. Best partnya, ini semua memang sepenuhnya hand made.”

“Siapa nak konvoi geng Vespa ni, boleh lah ajak Bella.”

Apa yang menariknya, turut kelihatan nama Nabila Razali di tepi motor Vespa itu.

Memang best betul motor skuter ini dan sekliagus membuatkan ramai tertanya berpaa harganya.

Dari komen netizen, ada yang mengatakan harganya mencecah lebih seratus ribu. Kalah harga kereta.

Tahniah buat Nabial Razali di atas pemilikan motor skuter limited edition Vespa Dior ini.