Tahniah Amy Search kini bergelar Datuk, tak lupa juga kepada “Abang Viva”

5,610 views

Hari ini merupakan sambutan ulang tahun ke 73, Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam. Sempena sambutan ini, mereka yang terpilih akan diberikan pingat atas jasa mereka.

Antara yang menjadi perhatian kali ini ialah kehadiran dua individu terkenal di laman media social.

Mereka berdua ini ialah Abang Viva dan juga penyanyi terkenal Amy Search.

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar telah diberikan anugerah Pingat Jasa Kebaktian atau PJK.

Ini di atas jasanya yang telah banyak membantu ketika banjir besar di seluruh Malaysia dengan menaiki bot yang dibawa melalui kereta Viva miliknya.

Abang Viva hadir ke amjlis berkenaan dengan ditemani ibunya iaitu Norbibah Hashim.

Kisah Abang Viva ini menjadi tular di laman media social kerana kesungguhannya membantu mereka yang terperangkap di banjir Selangor tak lama dulu.

Sementara itu, vokalis yang juga penyanyi rock, Amy Search kini dah bergelar sebagai Datuk setelah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka.

Kata Datuk Amy Search, dia tak sangak dapat menerima anugerah dan pingat berkenaan dari negeri Melaka.

“Hari ini merupakan antara hari yang paling indah dalam karier saya selama 40 tahun dah ni.”

“Syukur kepada Tuhan, sebab hari ini, hari yang saya tak pernah saya sangka kan selama ini. Terima kasih kepada Tun Mohd Ali dan semua pihak yang memberi sokongan.”

“Terima kasih sebab baut hari ini hari indah buat saya, dan dah tentu selepas ini, saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada masa depan negeri Melaka ini.”

Tahniah diucapkan buat Azwan atau Abang Viva dan juga Datuk Amy Search atas anugerah yang diterima.

Abang Viva dan Amy Search menerima pingat dan anugerah berkenaan di satu Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang diadakan di Balai Istiadat Seri Negeri.