Ramai pertikai, tak percaya kisah Datuk AC Mizal makan tisu masa susah

819 views

Tak masuk dek akal, itulah antara reaksi dari netizen setelah mendengar kisah tentang Datuk AC Mizal, yang bercerita tentang zaman melalui hidup yang susah tak lama dulu.

Ianya berkaitan cerita dari penyanyi, pelakon dan pengacara ini yang mengatakan bahawa dia pernah makan tisu dengan kuah ketika zaman hidup serba kekurangan masa dulu-dulu.

Datuk AC Mizal mendakwa hal itu terjadi sekitar 20 tahun lalu semasa mahu menerima anak pertama dengan isteri, Datin Emylia Rosnaida.

Akan tetapi ianya tidak dapat diterima oleh ramai netizen dan menjadikan hal itu sebagai bahan jenaka pula.

Video pendedahan tentang makan tisu ini dibuat menerusi rancangan #MHThrowback terbitan portal Media Hiburan.

“Dulu saya pernah cerita saya makan tisu cicah dengan kuah roti canai orang lain. Isteri saya tak tahu, masa main bola waktu pagi, ada rakan ajak pergi sarapan, masa tu saya kata tak apalah, saya dah makan.”

“Ini kisah benar terjadi. Kalau orang nak cerita tentang kesusahan dengan saya, tak payahlah. Saya pun dah lalui macam-macam.”

Dari ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa tak percaya dengan kata-kata dari AC Mizal itu.

Namun ada juga beranggapan mungkin AC Mizal maksudkan roti tisu bukannya tisu.

“Kalau orang susah, selalu tak masuk kedai mamak. Kalau pergi sana semata-mata nak makan tisu. Mungkin ayat itu tergantung dan nak makan roti tisu agaknya.”

“Rasanya memang roti tisu. Dia hanya melawak kot, sangka baik saja. Kami miskin sangat pun dulu tak pernah makan tisu, paling-paling pun makan ubi kayu saja.”

“Mengarut saja, saya dulu susah pun takdelah sampai makan tisu, paling kurang makan ubi saja.”

Ini antara komen dari netizen di luar sana.

Walaupun video ini dah lama, tetapi sampai sekarang masih ramai netizen yang kurang percaya dengan kisah tentang Datuk AC Mizal makan tisu ini.