Ini gambar tunang Wany Hasrita pada February lalu, simple cantik dan sweet

2,923 views

Penyanyi terkenal Wany Hasrita, 30 tahun, selamat mengakhiri zaman solonya apabila bernikah dengan seorang pilot dari Sarawak iaitu Al Adib Fahmi, 30 tahun.

Majlis pernikahan berlangsung dengan meriah pada hari Jumaat yang lalu, 22 Julai dan kemudiannya disusuli dengan satu majlis kesyukuran serta persandingan pada hari Ahad bersamaan 24 Julai.

Kisah Wany Hasrita dan suaminya ini mendapat tumpuan ramai kerana tidak menghebahkannya ketika menjalin hubungan.

Malahan mereka juga menjalani hubungan jarak jauh memandangkan Al Adib yang bekerja di sebuah syarikat penerbangan di Sarawak.

Mereka juga bertunang secara tertutup pada bulan Februari yang lalu di sebuah hotel, dan hanya pada hari ini, gambar pertunangan mereka dimuatnaik.

Ianya dimuatnaik oleh jurugambar bernama Muar yang menggunakan Instagram Mv4r.

Ada dua keping foto pasangan ini ketika bertunang yang mana mereka sedondon memakai baju berwarna biru cair, lihat foto Wany Hasrita dan Al Adib semasa bertunang.

Kata Wany Hasrita, hubungan dengan Al Adib memang dilihat mahu ke fasa seterusnya, dan memilih untuk bertunang pada bulan Februari.

“Sejak mula jalin hubungan ia bukan lagi untuk mahu mencuba-cuba tetapi kami memang merancang nak berkahwin. Dia pun rasa yang sama begitu. Sebab itulah kami ambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu pada 26 Februari lalu di sebuah hotel di Sepang, Selangor. Majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan juga kawan yang rapat saja.”

Ramai netizen diluar sana yang memuji cara pasangan ini yang tak terlalu berlebihan dalam hubungan mereka, dapat dilihat gambar bertunang pun simple dan menjaga diri masing-masing.

Al Adib juga dilihat amat menjaga diri Wany Hasrita dengan memintanya untuk melabuhkan sedikit tudung yang dikenakan oleh Wany Hasrita, namun tetap memberi keizinan untuk Wany Hasrita meneruskan kerjayanya dalam dunia nyanyian.