Arahan pergerakan kawalan pergerakkan atau PKP datang lagi. Pada tahun lalu PKP telah dibuat dan ianya berjaya mengawal merebaknya wabak. PKP dulu memang amat ketat, tetapi PKP kali ini ada sedikit perlonggaran.
Contohnya shopping mall masih lagi diberi kebenaran untuk dibuka, dan ada yang masih lagi membeli belah. Namun surau di dalam pusat membeli belah telah ditutup.
Oleh itu, penyanyi yang juga ahli perniagaan iaitu Nubhan ada memuat naik satu video menunjukkan cara dia solat ketika berada dalam shopping mall.
Penyanyi yang mula dikenali menerusi rancangan Akademi Fantasia ini telah ambil jalan untuk sembahyang di dalam sebuah bilik fitting room di sebuah kedai di dalam shopping mall.
Hal ini membuatkan ramai yang memuji tindakan Nubhan yang tak lupa untuk tunaikan kewajiban walau dimana pun berada.
Namun, ada juga netizen dan pihak yang kurang setuju dengan tindakan berkenaan.
Selebriti yang dah berhijrah iaitu Fynn Jamal meluahkan rasa kurang setuju, kerana pihak kerajaan ada keluarkan arahan agar fitting room ditutup untuk PKP.
Ini tulis Fynn Jamal: “Kami para peniaga telah diberi arahan keras dari pihak kerajaan untuk tutup fitting room sekiranya mahu premis beroperasi. Harapnya tiada kedai yang dikenakan tindakan untuk hal sebegini. Kesian kat peniaga, pekerja dan banyak pihak.”
“Solat di rumahlah. Jangan tambah kluster. Keluar rumah kejap-kejap untuk hal-hal darurat. Itulah yang paling baik. Kenalah faham jika kita tutup fitting room, kita jaga kita.”
Itu antara respon dari Fynn Jamal yang turut merupakan salah seorang peniaga menjual pakaian.
Ramai netizen turut mempersoalkan kenapa Nubhan perlu buat video berkenaan, dan alangkah elok jika solat sahaja dan tidak merakam video berkenaan. Ada juga yang mengingatkan lebih baik duduk di rumah dan solat di rumah sahaja.
Ini antara komen yang boleh dilihat, dari pengguna bernama Alynna Martin: “Siapa suruh pergi shopping mall. Lebih baik duduk saja la kat rumah.”
Pengguna bernama Fazirul menulis: “Teladan kurang elok pada orang lain. Jika semua ikut macam mana orang lain nak masuk fitting room untuk tukar atau try baju. Dah susahkan customer lain. Bayangkan agama lain pon ikut masuk fitting room sembahyang cara mereka fitting room tu, agaknya korang marah tak. Boleh cari tempat lain yang dekat dan sesuai untuk solat. Singgah isi minyak pon bole solat. Aku pun solat juga cuma setakat ni tak selfie lagi.
Itulah antara respon tentang isu viral Nubhan.