Pada umur 40 tahun, seseorang itu sudah tentu mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga, bahtera perkahwinan. Itulah yang turut diimpikan oleh penyanyi terkenal tanah air, Dayang Nurfaizah.
Dayang Nurfaizah berkata sememangnya dia mahu berkahwin, apatah lagi melihat banyak rakan-rakan termasuklah beberapa rakan artis yang sudah menamatkan zaman solo masing-masing pada tahun ini.
Apabila ditanya tentang soal jodoh, Dayang berkata dia masih belum ada perancnagan dan serahkan kepada ketentuan dari takdir dan Tuhan.
“Saya tak merancang tapi saya cemburu, jealous. Namun itu semua merupakan soal jodoh.
“Sebenarnya saya tengok (kawan-kawan kahwin), saya pun teringin tapi belum ada lagi jodoh. Tengok la macam mana, insyaallah kalau ada jodoh nanti. Doa-doakan.”
Sebelum ini Dayang pernah memberitahu dia sudah lali dan naik jemu dengan soalan tentang jodoh ini. Namun akui umurnya bukan semakin muda, sudah tentu ramai yang bertanya tentang isu ini.
“Bosan namun saya tahu yang orang akan selalu tanya soalan ini kerana saya seorang perempuan dan umur pun dah tak muda.”
“Apabila ada orang yang bertanya tentang hal itu, saya akan rasa sedih. Selama ini pun saya tak ada fikir sangat, kerana saya amat busy dengan job dan kerja.
Sebelum ni, Dayang Nurfaizah dilihat rapat dengan penyanyi dan composer hebat Hael Husaini. Namun sudah beberapa kali Dayang menegaskan bahawa hubungan mereka hanya kawan sahaja, tak lebih dari itu.
Dalam perkembangan karier seninya, Dayang Nurfaizah akan tampil dengan album terbaru, iaitu sebuah album lagu-lagu klasik. Katanya album kali ini menampilkan lagu lama yang klasik. Lagu berkenaan akan disuntik dan diberi nafas yang baru olehnya. Album ini akan menemui peminat pada bulan depan, bulan Februari.