Ramai terkejut dengan tweet Syafiq Kyle tentang Jennie Blackpink, termasuk Mimi Lana

9,980 views

Baru-baru ini sedang jadi bualan ramai tentang kisah percintaan antara dua superstar dari Korea Selatan iaitu Jennie dari kumpula terkenal Blackpink dan G-Dragon dari kumpulan Big Bang.

Sehingga kini syarikat pengurusan kedua-dua penyanyi ini masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kisah ini.

Jelas syarikat YG Entertainment kisah percintaan merupakan urusan peribadi kedua-dua penyanyi berkenaan.

“Kami tak boleh nak mengesahkan apa-apa tentang kehidupan peribadi semua artis kami. Kami harap para peminat semua faham.“ Itulah kenyataan ringkas dari pihak pengurusan.

Memang ramai para peminat Kpop yang beri pandangan mereka tentang hal ini. Maklumlah dua superstart tu.

Peminat Kpop ni pula memang ramai kat Malaysia ni. Maka ada yang tak sabar nak tahu kisah tentang Jennie dan Gdragon.

Namun ada satu tweet dari pelakon terkenal tanah air yang turut sama jadi tumpuan. Pelakon berkenaan ialah Syafiq Kyle.

Secara tiba-tiba Syafiq Kyle telah menulis bahawa dia rasa agak terkilan dengan berita percintaan pasangan berkenaan.

Ini tulisnya: “Saya agak sedih. Kenapa bukan Syafiq, kenapa, why.

Penulisan dari Syafiq ini membuatkan ramai peminatnya yang tak sangka bahawa pelakon berkenaan sebenarny minat dan mengikuti perkembangan dunia Kpop.

Ada yang menulis mengatakan ini adalah satu sisi baru berkenaan Syafiq Kyle yang ramai tak tahu.

Tak sangka Syafiq Kyle ikuti dunia Kpop. Memang sisi lain ni.” Itu antara komen dari follower Syafiq.

Malah, ciapan dari Syafiq Kyle itu turut mendapat perhatian dari pelakon Mimi Lana yang menulis ini: “Oh ini kerja dia kat Twitter”.

Mimi Lana turut menghantar emoji muka unamused face kepada Syafiq Kyle.

Untuk yang tak tahu, Mimi Lana adalah pelakon yang pernah dikaitkan dengan Syafiq Kyle sebagai kekasih. Mereka sebelum ini pernah berpisah namun kini hubungan mereka dilihat kembali pulih.