“Tak gentle meroyan di media sosial, tak perlu berkias-kias, petik nama” Fizo Omar

20,066 views

Melalui laporan Melodi, Fizo Omar telah akui bahawa sindiran yang ditulis oleh bekas isterinya, Mawar Karim dilihat ditujukan kepadanya. 

Jelas pelakon ini, apa yang ditulis itu tak benar sama sekali dan boleh menggugat reputasinya. 

Fizo Omar berkata, sebenarnya dia tak tahu hal itu, sehingga diberitahu oleh pekerjanya. Ini komen dari Fizo. 

“Secara jujurnya saya ini agak ketinggalan, memang tak tahu menahu hal itu sehingga salah seorang staff ada beritahu saya. Memang dilihat kurang jelas apa yang dia maksudkan tetapi melihat respon netizen, memang nampak hal itu ditujukan pada saya.” 

“Kalau betul, saya rasa lebih gentle, tak perlu nak berkias-kias, terus saja sebut nama, senang kita ni ambil tindakan susulan. Bagi saya hal itu satu fitnah yang boleh menjatuhkan reputasi serta family saya.” 

“Jika betul, be genuine, be gentle, sebut nama dan tunjukkan bukti, dan petik nama. Dengan itu, nama yang dipetik mungkin akan menjawab, mungkin akan kemukakan bukti siapa yang betul, atau siapa yang salah.”  

“Tak gentle lah hanya meroyan kat media sosial, ada yang tak puas hati, terus petik nama. Rasa kalau ada benda yang tidak betul, kita ke mahkamah.” 

Bagi Fizo, dia mungkin akan ambil tindakan tegas jika hal ini berulang lagi. 

“Tiada apa yang saya perlu takutkan, lepas dah berpisah, tiga tahun saya hanya diam diri tak pernah buat sebarang statement sebab saya fikir tentang anak.” 

“Tak ada angin tak ada ribut, nak perhatian dari orang, tak perlu nak berkias-kias, straight to the point, kita tengok apa tindakan yang patut kita buat.” 

“Jika nampak memang agak melampau, saya tak teragak-agak nak buat tindakan dengan niat benda ini tak akan terjadi lagi.” 

“Hal antara kami pun sudah lepas, saya kini dah kahwin, bahagia, ada keluarga. Dia pun ada pasangannya sendiri, jaga pasangan dan keluarga masing-masing saja, tak perlu buang masa.” 

“Lagi bagus bersahabat baik untuk besarkan anak.” 

Tentang reaksi isterinya iaitu Fazeera, Fizo berkata, isterinya tak ambil tahu dan beri nasihat untuk bersabar. 

“Isteri saya jenis yang tidak ambil tahu, sampailah saya sendiri yang cakap padanya hal ini. Dia yang banyak pesan kat saya.” 

“Kadangkala ada juga rasa bersuara di laman media sosial, namun atas nasihat isteri saya, bersabar memberi kekuatan pada saya.” 

Ini pula pesanan akhir dari Fizo Omar. 

“Janganlah jadi terlebih beremosi, kita ni ada orang yang memerhati kiri dan kanan, kalau ada yang terbuku di hati tu, boleh berhubung, no phone pun ada lagi, saya harap hal ini tak berlarutan demi anak.” 

“Manusia ni ada hadnya dalam bersabar, negara kita pun ada undang-undang.” 

Itulah respon dari Fizo Omar tentang hal ini.