Ramai tertanya kenapa Erma Fatima sanggup ambil Iqbal berlakon, ini jawapannya

5,810 views

Ahmad Iqbal Zulkefli kini mendedahkan dia ada menerima tawaran berlakon dari Erma Fatima untuk sebuah drama bersiri.

Kali ini Erma Fatima tampil bercerita kenapa dia sanggup ambil Iqbal untuk berlakon dalam naskah terbitannya itu.

Antara sebabnya ialah dia melihat, Iqbal ni selalu berlakon di laman media sosial, jadi mahu lihat bakatnya di depan kamera.

“Selalunya saya tengok Iqbal ni kerap berlakon di media sosial saja. Oleh itu, saya nak juga tengok adakah Iqbal ni seorang yang berbakat di depan kamera.”

“Kemudian, saya tawarkan Iqbal berlakon dalam drama baru berjudul Perempuan Itu yang bakal disiarkan di TV3.”

“Namun sebenarnya, Iqbal kena hadiri sesi uji bakat terlebih dulu. Keputusan boleh berlakon atau tak boleh telah ditentukan oleh pengarah drama iaitu Isma Yusoof.”

Jelas Erma Fatima, Iqbal telah lulus ketika sesi casting bersama Isma Yusoof.

“Ternyata setelah sesi uji bakat selama dua hari berlangsung, Iqbal amat komited hadir ke sesi latihan dan telah pun lulus dalam ujian.”

Erma Fatima menyatakan, watak Iqbal merupakan watak pembantu saja.

“Watak Iqbal itu hanya watak pembantu, tetapi dia bukan pelakon ekstra. Watak Iqbal tu akan menjadi rakan kepada hero drama dan dia memang ada dialog.”

Erma Fatima tidak kisah jika ada yang berkata dia ambil kesempatan di atas popularity yang sedang dikecapi oleh Iqbal.

“Kalau nak ambil sesiapa pun, demi pemasaran, itu merupakan hak saya. Tak pedulilah apa orang yang nak cakap apa pun. Sebelum ini pun, Datuk Aliff Syukri pun pernah di ambil berlakon. Tetapi jika seseorang itu betul-betul berbakat, kenapa tidak kan.”

Walau bagaimanapun, Erma akui ada benda yang dia khuatir setelah mengambil Iqbal berlakon. Antaranya risau jika dirinya menjadi content Iqbal. Oleh itu dia telahpun memberi amaran kepada Iqbal.

“Memang ramai DM saya kata jangan Iqbal berlakon. Saya sendiri tidak tahu apa  yang Iqbal buat kepada mereka semua.”

“Apa yang  dirisaukan ialah saya mungkin akan bahan content seperti yang pernah dilakukannya kepada orang lain.”

“Semasa beri offer tawaran ini, saya pun risau ada kisah yang timbul, jadi sebelum hal ini berlako, saya dah beri amaran kepada Iqbal.”

Selain Ahmad Iqbal, drama berjudul Perempuan Itu, merupakan lakonan Zul Ariffin dan juga Mimi Lana.