Ayah Puteri Balqis dah menghilangkan diri

7,369 views

Nama pelakon Puteri Balqis menjadi bualan setelah timbulnya isu dengan Mia Sara baru-baru ini.

Kini ramai juga yang nak tahu perkembangan terkini tentang pelakon cilik yang sedang meingkat remaja ini.

Selain persoalan tentang kerjaya, ada juga yang bertanya tentang keadaan dirinya dan juga keluarganya. Melalui satu laporan Kosmo, ini sedikit cerita tentang bapa Puteri Balqis.

Kata Puteri Balqis, dia dan bapanya iaitu Azizi Aziz, kini dah tidak lagi berhubung. Dia mengatakan bapanya menghilangkan diri sejak 5 tahun yang lalu.

“Ayah saya dah lama menghilangkan diri, kami sudah tidak berhubung. Kali terakhir kami berhubung ketika umur kira-kira 10 tahun lebih.”

“Memang saya sendiri pun mahu jauhkan diri darinya kerana apabila dia tiada, saya sudah menjadi orang yang lebih baik. Semasa ada ayah, saya telah berdepan dengan tekanan yang amat kuat.”

Kata pelakon berumur 15 tahun ini, dia hanya bergantung sepenuhnya kepada ibunya Norashikin Mohd. Aziz. Malahan dia akui, apa yang bapanya dah buat sesuatu yang dia kurang sukai.

“Apa yang ayah dah buat, memang sakit. Jadi, saya mahu jauhkan diri. Kerana apabila saya contact dengan dia pun, nampak chemistry tu dah tiada dah.”

“Kini ibulah yang jadi ayah saya. Dia ibu, dan dia jugalah ayah. Hidup saya dah complete sekarang, tak rasa kehilangan pun.”

“Ketika ini juga, saya cuma ada tiga orang saja di sisi. Diri saya sendiri, ibu dan pengurus saya, Fariz.”

Hidup tanpa seorang bapa di sisi, Puteri Balqis mengatakan perkara itu sudah biasa buatnya.

“Saya okey kerana hidup saya pun macam ni dari dulu. Kehadiran ayah ada, namun usaha dia tu macam tak ada.”

“Jadi saya dapat kasih sayang ayah itu daripada ibu saya juga. Memang dah cukup. Saya bahagia dengan hidup saya.”

Puteri Balqis kini memulakan semula kariernya sebagai pelakon. Dan yang terbaru dia akan tampil dalam filem Rumah berganding dengan Erra Fazira.