Sebelum ini ahli perniagaan terkenal Muhammad Sajad telah berpindah ke negara Australia, dan memulakan kehidupan di sana.
Kini seorang lagi ahli perniagaan iaitu Safie Ilias khabarnya turut akan berpindah ke luar negara,
Dari satu laporan Harian Metro, dikatakan Usahawan ini akan memulakan kehidupan baru di negara yang terletak di utara tanah air iaitu di Thailand.
Antara tempat yang dikatakan bakal menjadi tapak permulaan buat Safiey Ilias ialah di Bangkok, Thailand.
Persoalan berkenaan perpindahan ini mula terbit setelah Safiey Ilias dilihat telah mula let go semua asset miliknya.
Ini termasuklah asset seperti rumah, kereta mewah dan juga barang-barang peribadi miliknya.
Pemuda berumur 26 tahun ini memberitahu, ini memang rancangan yang telah diatur untuk dirinya, untuk jalani kehidupan yang lebih baik.
“Seperti yang pernah saya cakap, saya dah tolak semua aset milik sata sebab saya mahu memulakan sesuatu yang baru. Saya nak bermula semula dari bawah. Tak kisah jika orang nak mengata apa pun, tak kisahlah.”
Ini pula jawapan dari Safiey Ilias tentang perpindahannya ke Thailand.
“Isu tentang saya bakal pindah dan berhijrah ke Bangkok, sebenarnya, saya rasa ini merupakan pilihan yang terbaik. Kita tak tahu kan, mungkin rezeki saya akan ada di sana pula. Lagi pun bagus juga untuk kita cuba benda baru di sana.”
Tentang perpindahan dan peruabahan yang mahu dibuat, ramai followernya telah memberi sokongan yang tak terhingga.
“Memang saya rasa terharu sangat. Harap Tuhan akan peluang sekali lagi untuk saya berniaga dan bangkit kembali. Benda ni saya tak sedar dulu. Sekarfang bila terima komen yang bai saya rasa bersyukur dah.”
“Saya pun akan bantu orang raih pendapatan bersama, semua ni pengalaman, kita kena belajar juga.”
Menerusi satu entry di laman IG miliknya, Safiey Ilias secara tiba-tiba muatnaik laporan dari Harian Metro itu, dan menulis caption dia tak pindah pun, dan masih sayang Malaysia.
“Haha tidak lah. Saya ni masih sayang negara kita, Malaysia dan mak ayah saya.”
Itulah jawapan dari Safiey Ilias tentang perpindahannya ke luar negara, ke Thailand.