“Redha” Achey pujuk isteri, proses IVF tidak berjaya.. Ramai sebak tengok

4,776 views

Achey Bocey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya atau lebih dikenali dengan nama panggilan Anne, memang dah lama impikan mempunyai anak kandung. 

Sebelum ini usaha pasangan ini tidak berjaya, dan kali ini mereka cuba lagi dan tak berputus asa. 

Namun begitu, cubaan kali ini juga nampaknya tidak menampakkan hasilnya dan ianya diumumkan oleh Achey sendiri semalam. 

Setelah menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation atu IVF, Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah mendedahkan keputusan yang diberikan oleh pihak doktor ialah tidak positif. 

Rawatan IVF yang dibuat itu dengan cara memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan isterinya, Anne, namun ternyata tidak berjaya juga. 

Apa yang membuat ramai sayu hati ialah melihat satu video yang dimuatnaik oleh Achey ketika mengumumkan keputusan IVF tersebut. 

Pelawak yang terkenal dengan kumpulan Bocey ini dilihat sedang memujuk isterinya yang sedang kesedihan setelah keputusan diperolehi mereka. 

Namun begitu, Achey tetap bersyukur an redha dengan segala ketentuan kepada mereka berdua. 

“Syukur alhamdulillah, kami tetap redha, Isteriku Anne, semoga jadi lebih kuat, come back stronger selepas ini.” 

Video itu menunjukkan Achey sedang memujuk isteri yang sedang duduk di atas kerusi roda di sebuah hospital. 

Melihat komen di video berkenaan, ramai yang sebak dan terus memberi kata-kata semangat kepada pasangan suami isteri ini. 

Dan ianya juga termasuk beberapa rakan artis. Ini antara komen dari kalangan rakan artis. 

Memey Suhaiza menulis: “Ini memang pasangan suami isteri yang amat hebat. Stay strong dan terus bersangka baik serta jangan putus asa.” 

Zizan Razak pula menulis sambil memberi emoji tanda hati: “Semua dengan izin dari Nya.” 

Adira Suhaimi: “Dengan izin Nya, satu hari nanti, amin.” 

Zulin Aziz juga menulis: “Satu hari nanti akan termakbul juga doa amin. Perancangan dari Nya memang hebat. Masa itu akan rasa indah kerana terus sabar.” 

Salam seorang artis yang juga masih belum memiliki anak kandung iaitu Izzue ada menulis: “Terus kuat dan sabar ye Achey dan anna, korang kuat ok. takpe, rezeki itu teramat luas. Kau dengan Anne memang insan hebat.”  

Sedikit info, Achey dan isterinya, Anne dah berkahwin selama 11 tahun dan mereka sebelum ini ada mengambil seorang anak angkat yang dah masuk ke usia 4 tahun.