Pelakon Pablo Amirul mengamuk di live Facebook kerana wanita

3,306 views

Hari ini, agak mengejutkan apabila pelakon Pablo Amirul telah muatnaik beberapa hantaran yang menunjukkan dirinya mengamuk sakan. 

Malahan Pablo Amirul, 37 tahun, juga ada muatnaik video yang menunjukkan luahan hatinya dan mengamuk dengan beberapa individu. 

Ianya berkaitan dengan kekasih hatinya, seorang pilot wanita, yang telah menjalin hubungan dengan lelaki lain. 

Pablo Amirul berkata dirinya dah lama menahan hal ini, dan sudah tidak dapat menahan lagi amarahnya. 

Pelakon ini berkata, wanita yang disayangi itu telah dibela oleh seorang yang berpengaruh yang berstatus lelaki orang. 

Pablo juga menyatakan family wanita berkenaan itu juga tahu tentang hal ini. 

“Aku sakit hati jadi macam ni sebab aku jatuh cinta pada seorang wanita. Wanita tu pilot. Aku sayang dia gila-gila, tak sangka. Kau ada hubungan dengan lelaku lain.” 

“Kau tinggalkan aku sebab aku tak ada duit. Korang jangan suruh aku sabar, aku dah lama bersabar, korang pernah tengok aku macam ni ke.” 

“Pasal duit, semua orang berubah, satu family berubah bila kena duit.” 

“Kau tu pilot, duit berpuluh ribu pun tapi tak cukup.” 

Dalam pada itu Pablo juga ada bercerita dirinya sudah terpesong dengan ajaran sesat dan meminta pihak berkuasa menahannya. 

“Dua tahun aku dalam ajaran tu, siapa-siapa boleh tag pada jabatan agama, buat Pablo jadi tak betul.” 

Ini video penuh dari Pablo Amirul yang dimuatnaik hari ini. 

Di ruangan komen, ramai yang terkejut dengan luahan serta pendedahan dari pelakon yang pernah berlakon beberapa filem box office. 

Ada yang memintanya bersabar dan ada yang menulis komen meminta Pablo Amirul untuk kembali ke jalan yang benar, masih belum terlambat, tulis peminat. 

Antara filem lakonan Pablo Amirul ialah Rentap, Polis Evo, dan juga Air Force The Movie. 

Sehingga kini tiada penjelasan lanjut dari Pablo Amirul tentang luahan hatinya ini.