Che Puan Syamim Farid sememang seorang pelakon yang amat cantik dan jelita orangnya.
Rupanya, Syamum Farid ini memang seorang yang amat strict dalam menjaga pemakanannya, jadi memang patutlah pelakon berumur 31 tahun ini sentiasa kelihatan cantik dan dapat maintain saja.
Antara yang diamalkan oleh Syamim Farid ialah dia memang tak makan nasi.
Hal ini didedahkan oleh Syamim Farid menerusi satu sesi soal jawab bersama peminatnya baru-baru ini.
“Saya dah tidak makan nasi selama 9 tahun.” Itu jawapan dari Syamim Farid apabila ditanya tentang pengambilan nasi.
Selain dari nasi, Syamim Farid juga mendedahkan bahawa dia juga ada berpantang beberapa jenis makanan lain.
Antaranya ialah pengambilan makanan seperti ayam, daging, masakan berminyak dan sudah tentunya pengambilan gula.
Ini pula jawapan dari Syamim Farid tentang pantang makanan lain.
“Antaranya ayam, daging, makanan berminyak, dan juag pengambilan gula. Satu hal tentang diri saya ialah apabila saya mula buat sesuatu, saya akan pastikan buat betul-betul.”
“Saya juga amalkan displin yang tinggi, self-discipline. Memang tak ada pun cheat day. Nak berhenti makan sesuatu tu memang sesuatu yang sukar.”
Katanya, mengamalkan makan makanan yang sihat adalah untuk kebaikkan diri sendiri juga.
“Kena fikir tentang diri sendiri, kena jaga diri sendiri. Jaga makan ini bukannya untuk orang lain, tetapi kebaikkan untuk diri sendiri. Jika sayangkan diri, jaga makana dan ambil healthy food.”
Itulah pendedahan dari Che Puan Syamim tentang cara pemakanannya yang diamalkan sejak sekian lama.
Untuk info, Che Puan Syamim Farid dah pun berkahwin pada tahun 2016 dengan suaminya bernama Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari, merupakan keturunan keluarga diraja Sultan Selangor.
Sebelum ini Syamim Farid masuk ke dunia seni setelah mendapat tempat kedua dalam Dewi Remaja yang mana turut disertai oleh Raysha Rizrose.
Syamim Farid memang amat rapat dengan Raysha Rizrose dan adik beradik Uqasha serta Nelydia Senrose.