“Rela pegang ular atau pencuri masuk, berbanding jumpa hantu” ~Nora Danish

1,393 views

Demi menjayakan wataknya, pelakon popular Nora Danish sanggup memberanikan diri dan memegang haiwan reptilian iaitu ular.

Ianya dilakukan ketika Nora memegang satu watak dalam sebuah telefilem baru yang berjudul Survival 486.

Walaupun akui amat gentar dan cuak dengan haiwan berdarah sejuk itu, namun Nora Danish tetap gagahkan diri untuk menjayakan watak berkenaan.

“Saya ni sebenarnya seorang yang penakut. Namun demi nak hidupkan watak saya yang bernama Syuhada, saya sanggup campak rasa ketakutan itu untuk berlakon dengan haiwan berbisa berkenaan.”

“Memang amat takut dengan ular kerana haiwan itu boleh membunuh tetapi inilah manisnya menjadi pelakon, kena buat sesuatu yang tak dijangka.”

Tentang perasaan takut dan cuak, pelakon berumur 39 tahun ini berkata, benda paling ditakuti ialah jumpa hantu.

Malah Nora lebih rela untuk pegang ular kalau nak dibandingkan dirinya terserempak dengan hantu.

“Saya lebih takut hantu dari ular. Sebelum kahwin dulu, saya buka pintu rumah luas walaupun masa tu saya hanya tinggal seorang diri.”

“Bila family balik, mereka terus tanya kenapa saya buka pintu macam tu. Saya cakap kalau ada hantu saya boleh lari. Saya lebih rela kalau pencuri masuk atau pegang ular berbanding terserempak dengan hantu.”

Berbalik kepada watak Nora Danish bernama Syuhadah dalam telefilem berkenaan, watak itu telah memberi Nora Danish cabang baru untuk mencuba aktiviti lasak.

“Karakter Syuhada itu membuatkan saya nak cuba lagi banyak aktiviti sukan lasak seperti hiking. Sejak berlakon dalam telefilem ini, saya mula suka masuk hutan dan hiking. Ini pun dapat lawan perasaan takut saya.”

“Bila masuk hutan ni rupanya seronok sangat. Kadangkala rasa rindu, asyik nak hiking saja. Pada bulan Mac, sempena hari lahir ke 40, saya rancang nak mendaki Gunung Kinabalu.”

Itulah pendedahan dari Nora Danish baru-baru ini. Selain Nora, telefilem ini dibarisi pelakon seperti Redza Roslli, Lydiawati dan Ezany Nizarif.