Pelakon Remy Ishak, 39 tahun, telah pun menamatkan zaman bujangnya pada bulan Ogos tahun 2021.
Remy Ishak memilih usahawan bernama Ezza Yusof, 38 tahun, sebagai teman hidupnya.
Melalui satu laporan dari Harian Metro, apabial ditanya tentang kehidupan rumah tangganya, Remy mengatakan dia dan isteri memang agak sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Mereka berdua ketika ini sedang fokus kepada kerjaya masing-masing.
“Saya dan isteri lebih banyak tumpukan kepada karier kami berdua. Lagipun perhubungan saya dengan dia selama 8 tahun hanya biasa-biasa.”
“Bidang perniagaan kami berbeza dan misi juga agak berlainan. Saya tak mahu mengganggu business dia. Begitu juga, dia pun tak nak ganggu perniagaan saya. Kadangkala kami tak berjumpa sebab waktu kerja kami pun berbeza.”
“Isteri saya banyak habiskan masa di office. Dia merupakan pengarah kreatif untuk produknya dan memang banyak habiskan masa untuk business tersebut. Saya pula sibuk dengan team saya.”
Selain itu, dari laporan Harian Metro juga, Remy ada berkata bahawa, dia agak kurang selesa untuk membawa isterinya itu ke mana-mana majlis, tetapi tetap memberi sokongan penuh kepada business isterinya.
“Biarlah orang hanya kenal diri saya saja. Saya beri sokongan penuh terhadap produknya supaya orang kenal, tapi bukan sebab dia tu isteri saya.”
Ezza Yusof merupakan usahawan dalam bidang kasut iaitu kasut jenama 2morrow.
Remy Ishak pula sedang mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila membuka syarikat produksi sendiri.
Kini Remy mempunyai dua syarikat iaitu Remy Films dan Riimagine Works Sdn Bhd. Sudah ada beberapa drama dan filem yang akan diterbitkan oleh syarikat Remy Ishak ini.
Tentang perkembangan kerjaya lain, Remy Ishak juga telah menerima jemputan sebagai juri untuk rancangan nyanyian The Masked Singer musim kedua.