Respon Caprice bila tahu Mira Filzah dah bertunang

4,849 views

Ekoran cerita tentang pelakon cantik dan comel Mira Filzah yang kini boleh dikatakan dah bertunang, dan dirinya telah pun dimiliki, nama penyanyi rap iaitu Caprice turut terpalit sama.

Mana tidaknya, Caprice selalu saja dilihat bagaikan ada hati dengan pelakon cantik itu dan selalu selitkan nama Mira Filzah umpana wanita itu merupakan gadis impiannya.

Oleh itu, ada yang tertanya, adakah Caprice okey setelah mengetahui bahawa Mira Filzah telah berpunya dan bakal menjadi isteri orang.

Caprice ada muatnaik satu video berkaitan dengan kisah Mira Filzah bakal berkahwin. Di video itu, ia menunjukkan Caprice seakan kecewa dan kemudian menyorok dalam almari.

Dari video itu, ada wartawan bertanya kepada Caprice adakah dia okey dan kenapa dia muatnaik video berkenaan.

“Come on man, anda semua kenal Caprice, saya memang seorang yang gemar troll warga internet. Dan sebenarnya saya sendiri telah ucap tahniah kepada Mira Filzah selepas dia ada buat pengakuan sudah pun berpunya. Saya mesej secara direct. Kita seorang yang selalu direct”

“Bukan saya menyorok dalam almari, memang netizen tak kasi Caprice guna pintu dah. We have to remember kita kahwin bukan kerana manusia, kita kahwin sebab Allah. Any marriage is good”

“Tak ade istilah patah hati pun, saya gentleman. Mira tahu betapa gembiranya saya apabila tahu dia sudah berpunya dan ada rancangan nak kahwin,”

“Caprice good. Kalau Caprice tak mesej to you, Caprice boleh mesej instafamous, awek Kedah atau awek Penang, ataupun DM awek Perak, you know, its Caprice”

Itulah kenyaataan dari Caprice. Semuanya okey saja dan Caprice saja je buat video nampak dia kecewa tu. Malah dia menyorok dalam almari pun sebab permintaan peminatnya sahaja.

Sebelum ini, Mira Filzah ada berlakon dalam satu video muzik nyanyian Caprice berjudul Baby Sayang yang sehingga kini dah mencecah 2.9 juta viewers.