“Rileks je Ustaz Azhar Idrus takde pun tutup wajah baby” ~ Netizen

1,103 views

Siapa yang tak kenal dengan pencaramah Ustaz Azhar Idrus atau UAI. Beliau merupakan antara penceramah yang diketahui seringkali berjaya mencuit hati ramai orang tatkala mengajar atau membuat kuliah. 

Selalu memberi ungkapan lucu, UAI juga berjaya memancing golongan muda untuk mendekatkan diri dengan kuliah dan juga belajar agama. 

Tetapi kali ini bukan mahu bercerita tentang kuliahnya. 

Kali ini, tentang sedikit perkembangan tentang kisah family Ustaz Azhar Idrus yang mana satu berita gembira telah diterimanya. 

Pada tarikh 30 September yang lalu, UAI telah menerima kehadiran cahaya mata yang baru, iaitu anak nya yang ke 12. 

Berita ini disampaikan menerusi sebuah pusat perubatan tempat di mana isteri Ustaz Azhar Idrus selamat melahirkan baby barunya. 

“Tahniah diucapkan kepada Ustaz Azhar Idrus dan juga Puan Izyan di atas kelahiran baby baru ini. Semoga sentiasa mendapat keberkatan dan anak ini akan berbakti serta bertakwa. Terima kasih memilih hospital kami.” Itu tulisan dari Salam Hospital, Terengganu. 

Selain itu, ada juga satu video yang menunjukkan kali pertama Ustaz Azhar Idrus mendukung anaknya itu. 

Dari caption, UAI ada berseloroh dan berlawak dalam loghat Terengganu. “Kalau comel ikut ayah dia” 

Dilihat di tempat komen, ramai wargamaya yang memberi ucapan tahniah kepada UAI di atas kelahiran baby tersebut. 

“Dalam sibuk mengajar kuliah syukur dapat baby pula. Kemah keming ustaz Azhar.” 

“Syukur alhamdulillah dapat rezeki terindah kurniaan Illahi. Ustaz kegemaran kami semua ni.” 

“Tahniah ustaz, rezeki banyak tu. Mesti lah baby tu comel. 12 orang anak ustaz dah, meramaikan umat.” 

Dalam pada itu, ada juga yang memberi komen bahawa Ustaz Azhar Idrus pun tak menutup wajah anaknya dan memberi kebenaran bergambar bersama. 

“Rileks saja ustaz tunjuk wajah anaknya tu, kalau tak jenuh nak susun puzzle.” 

Ini beberapa foto baby baru UAI. 

Tahniah diucapkan buat Ustaz Azhar Idrus di atas kehadiran cahaya mata baru ini, anak ke 12 UAI.