Datin Fouziah jawab suaminya memang ada “Datuk”, ada kad, dokumen dari Istana Pahang

536 views

Ketika ini beberapa suami kepada artis terkenal tanah air menjadi bualan ramai ekoran title Datuk yang merek miliki. 

Antaranya iaiatu suami kepada Datin Heliza Helmi iaitu Datuk Mahadi, suami kepada Datin Eina Azman iaitu Datuk Kaiser Gurmeet dan kemudian suami kepada Datin Fouziah Gous iaitu Datuk Zhafran. 

Semua mereka mengambil pendekatan berdiam diri setelah isu ini timbul. 

Akhirnya Datin Fouziah Gous tampil membuka bicara tentang isu ini. 

Jelasnya, suaminya tak ada sebab untuk mendedahkan bukti tentang gelaran serta title yang dianugerah kepadanya dari Istana Pahanag pada tahun 2016. 

Fouziah Gous mendedahkan dia ada segala dokumen serta kad dan watikah yang diterima pada enam tahun lepas. 

“Saya ada cakap kat suami agar tak perlu nak menjawab sebarang persoalan tentang gelaran berkenaan. Mengapa nak buktikan walhal kita dah ada watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.” 

“Kalau pun ianya tak ada dalam sistem mengapa pula nak tanya kami. Kami sendiri nak tahu macam mana boleh tak ada, takkan kami pula nak terus menerjah.” 

“Saya pasti ramai di luar sana dianugerahkan gelaran namun nama mereka tak ada di dalam sistem tersebut.” 

Fouziah telah meminta orang yang terus mempertikaikan gelaran datuk suaminya itu untuk semak sendiri hal berkenaan melalui pihak yang bertanggungjawab. 

Kalau anuegrah itu tak wujud, tak mungkin ia boleh digunakan untuk majlis rasmi. 

“Jikalau awak mahu buat passport, atau kad pengenalan, rasanya adakah senang-senang gelaran itu boleh diletakkan. Tepuk dada tanya diri sendiri, kenapa ia boleh diletakkan.” 

“Saya sendiri pernah bergurau dengan suami tentang gelaran dan anugerah itu, tetapi bila difikirkan macam mana bila pergi Jabatan Imigresen ianya boleh lepas.” 

“Namun begitu, takkanlah kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah berkenaan. Ia bagaikan mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada. Saya ni takut pun nak cakap lebih-lebih.” 

Itulah jawapan dari Datin Fouziah Gous tentang gelaran datuk suaminya iaitu Datuk Zhafran.