Risteena dapat kek lipas, bukan seekor, siap dengan anak lipas

34,137 views

Pada tarikh 19 November, pelakon Risteena kini menyambut hari kelahirannya yang ke 31 tahun. Seperti biasa, Nur Risteena akan sambut hari jadinya itu bersama insan tersayang dan rakan terdekat.

Satu sambutan hari jadi Risteena telah diadakan di sebua kedai makan yang dihadiri tunangnya Isa Khan, adiknya Ruhainie dan ibu serta kawan-kawan.

Adik kepada Risteena iaitu Ruhainies ada buat satu kejutan, memberi hadiah kek kepada kakaknya itu. Kek berkenaan agak istimewa kerana mengambil bentuk seekor lipas.

Ruhainies ada merakam detik ketika kek dah sampai, dan Risteena membuka kotak kek itu, maka terperanjatlah Risteena.

Bukan sahaja seekor lipas, tetapi ada juga kek lipas kecil, seperti anak-anak lipas di sekeliling kek lipas yang besar itu.

Kata Ruhainies, dia memang saja nak usik dan gurau dengan kakaknya itu, sebab Risteena memang paling takut dengan lipas. Ini komen Ruhainies.

Surprise, haha happy birthday sweet 17 kepada Nur Risteena. I hope you love the surprise. I memang dah lama plan nak bagi hadiah cake ni, specially order for Nur Risteena. Ini kerana sejadk dari kecik lagi, Risteena punya takut lipas tu kalau dia jerit boleh gegar satu bangunan. Amacam korang rasa dia makan tak cake tu”.

Jutaan terima kasih kepada madaboutcake sebab buat kek yang amat cantik ini. Lebih dari apa yang saya expected. Walaupun order last minute, korang masih lagi dapat buat dengan mantap, thank you”.

Video yang dimuatnaik oleh Ruhainies telah menjadi tular semalam dan menerima pelbagai komen. Ada yang mengucapkan selamat hari jadi kepada Risteena, ada yang terkejut juga tengok kek lipas itu.

Hubungan antara adik beradik Risteena dan Ruhainies ini memang diketahui amat akrab sekali. Selalu saja bersama, kalau bercuti pun bersama.

Selamat hari lahir yang ke 30 diucapkan kepada Risteena, semoga cepat naik pelakon dengan Isa Khan.