Dato Hans Isaac tampil dedah hal sebenar, baca pengakuannya

2,619 views

Bekas pengerusi Finas iaitu Datuk Hans Isaac akhirnya telah buat satu kenyataan rasmi tentang isu melibatkan kes saman dari Datuk Seri Eizlan Yusof.

Hans Isaac kini telah membuat kenyataan dan permohonan maaf secara terbuka kepada Eizlan Yusof di atas kesilapannya membuat sebaran tentang isu salah guna kuasa di satu group whatsapp baru-baru ini.

Jelas Hans Isaac, dia akui ada menghantar mesej di group berkenaan namun buat kesilapan dengan mengaitkan nama Eizlan Yusof dengan syarikat penerbitan Excelent Pictures.

“Kepada semua, untuk info, pada tarikh 16 November, saya ada hantar satu mesej dalam kumpulan whatsapp persatuan penerbitan filem, PFM. Saya telah beri ucapan tahniah kepada kesemua tiga syarikat yang telah dipilih untuk terima dana dari pihak Finas, dan ini termasuk Excelent Pictues”.

“Dalam kandungan mesej berkenaan, saya akui bahawa saya ada buat kesilapan dengan mengaitkan nama Dato Seri Eizlan Yusof dengan syarikat Excellent Pictures. Dengan penuh rasa rendah hati ingin memohon maaf atas kekhilafan dan silap saya ini”.

“Sebenarnya, saya dah sedia nak buat pembetulan dan permohonan maaf kepada Eizlan Yusof namun belum sempat saya nak buat sedemikian, beliau telahpun hantar surat lawyer kepada saya”.

“Saya dah pun berhubungan dengan Eizlan Yusof menerusi peguam untuk membetulkan kesilapan ini dan sekali lagi saya nak mohon permohonan maaf kesalahan saya yang tak disengajakan ini”.

“Buang yang keruh ambil yang jernih, saya harapkan kita dapat terus majukan industry perfileman negara bersama”.

Itulah kenyataan rasmi dari Dato Hans Isaac yang mengakui tersilap memberi kenyataan mengaitkan Datuk Seri Eizlan Yusof dengan syarikat Excelent Pictures. Hasn Isaac dapun memohon maaf kepada Eizlan Yusof kerana isu ini. Semoga hal ini selesai dengan baik.