Rupanya Shahrukh Khan dari Temerloh ni edit saja, ini wajah sebenar

3,285 views

Malam tadi telah jadi viral beberapa keping gambar menunjukkan wajah seorang jejaka Melayu dengan wajah seakan pelakon megastar Bollywood iaitu Shah Rukh Khan. Lelaki berkenaan bernama Fendi dari Temerloh, Pahang.

Menerusi satu posting, Fendi telah muatnaik gambarnya yang jelas mirip Shah Rukh Khan dan ini sekaligus membuatkan ramai kaum hawa bergetar ovary,memuji kekacakkan wajah Fendi.

Paling ketara adalah di bahagian mata Fendi yang nampak memang sama umpama mata pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu.

Ini tulisnya semalam yang jadi viral: “Ramai rasa keliru sebab kata mata saya macam Shahrukh Khan. Patut rasa macam asyik ada orang yang pandang je.Seram juga rasa. Terima kasih kepada yang belanja saya durian tadi”.

Tulisan itu dibuat beserta gambar menunjukkan wajahnya tu yang telah di kongsi lebih dari seribu orang dan seribu lebih komen.

Tak lama kemudian, jejaka berkenaan yang bekerja sebagai pembuat roti canai akhirnya tampil dengan satu kenyataan setelah dirinya menjadi viral dan mula jadi buah mulut orang ramai.

Fendi akui sebenarnya dia hanya bergurau dan hanya nak hiburkan orang ramai sahaja, di mana gambar itu adalh edit sahaja menggunakan filter face app yang membuatkan bahagian matanya seperti Shah Rukh Khan.

Dalam pada itu, Fendi turut memohon maaf kepada semua orang yang percaya bulat-bulat bahawa wajahnya seiras Shah Rukh Khan. Baginya itu hanyalah hiburan sahaja. Ini gambar sebenar wajahnya.

Setelah mengetahui hal itu, ramai yang mula menulis rasa kecewa kerana rasa tertipu kerana beri harapan palsu nak tengok lelaki Melayu dengan wajah umpama Shah Rukh Khan.

“Pakcik ni penipuuu lah, jangan bagi harapan palsu pada kami. Dah tahu banyak kaum hawa tu peminat setia Shahrukh Khan”. Itulah antara komen dari netizen setelah tahu gambar itu edit sahaja.

Ada juga yang terhibur degan telatah pakcik Fendi dan mengatakan ini adalah hiburan semata-mata.

Share this on...