Tak malu ke nampak perut boroi, gelebeh. Ini reaksi Chef Wan

2,945 views

Chef selebriti Datuk Chef Wan telah berkongsi beberapa momen tatkala dia dan rakan sedang bercuti. Chef memuatnaik beberapa gambar dan video di laman media sosial miliknya ketika merehatkan diri d sebuah hotel terkemuka di Langkawi, Kedah.

Antara gambar dan video yang meraih banyak komen adalah apabila Chef Wan kongsi gambar sedang mandi di kolam renang.

Chef Wan muatnaik gambar di kolam renang yang menampakkannya hanya memakai seluar sahaja di dalam kolam renang bersama rakannya.

Oleh adalah mereka yang memberi komen yang kurang enak mempersoalkan kenapa Chef Wan muatnaik gambar sebegitu.

Melihat ada yang menulis komen kepadanya, Chef telah memberi respon balas, ini komennya.

“Alahai sibuk saje sesetengah orang yang nak komen bersyarah konon kita ni ambil gambar mandi di kolam renang nampak segala, banyak tunjuk seluar pendek dengan kawan saya.

“Ada yang tulis komen tanya tidak malu ke dah tua nampak kan perut buncit dan dah menggelebeh. Saya sudah tua, memang gelebehlah semua. Inilah law of gravity.

“Esok yang komen tu pula dah tua, selalu mengata orang, dia pula kena gelebeh, baru tahu nasib sendiri.

“Takkan mereka ini tidak tahu selama ini saya lead a very liberal life. Saya tidak hidup didalam gua dan banyak gaul ramai orang dan semuanya saya layan dengan penuh respect.

“Dan oleh itu, takkan nak mandi di kolam renang nak pakai jubah pula. Memang saya ni tua badan pun boroi tapi saya ada keyakinan yang tinggi, dek kerana tu saya berani upload gambar saya tu. Saya amat comfortable in my own skin.

“Sila check badan sendiri kalau nak mengatakan saya. Jangan suka nak hakimi seseorang.

Itulah jawapan dari Chef Wan menjawab komen yang ditulis sesetengah netizen.