“Sampah” Kata Sharnaaz Ahmad, Kemudian Fazley Yaacob pun turut komen

16,674 views

Video viral berkenaan seorang influencer yang menepek kek ke muka seorang wanita telah menjadi tular sejak semalam. 

Walaupun tuan punya video termasuk wanita berkenaan telah tampil memberi kenyataan bahawa itu semua lakonan semata, namun ianya masih jadi bualan. 

Perbuatan berkenaan tetap mendapat komen serta reaksi yang kurang enak dari orang ramai yang tak setuju content sedemikian dibuat di Malaysia. 

Antara yang lantang bersuara ialah dari penyanyi pelakon dan chef selebriti iaitu Datok Fazley Yaacob. 

Kata Fazley, hal sebegini tidak wajar dilakukan dan melabelnya sebagai satu tindakan yang kurang cerdik. 

Selain video sebegini, Fazley juga menamakan beberapa lagi content lain sebagai kurang cerdik seperti buat cerita kononnya berpisah dengan kekasih untuk buat lagu baru dan juga menjatuhkan imej peserta untuk naikkan rating sesebuah rancangan TV. 

“Maaf kasar bunyinya tapi benda macam ni memang tak bijak. Ianya memang tak patut dibuat langsung.” 

“Banyak lagi cara lain untuk buat marketing. Ianya macam memainkan perasaan orang ramai.” 

Ini pendapat dari Dato Fazley Yaacob yang dibuat di laman Ig miliknya hari ini. 

Selain itu, pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad juga tampil bersuara tentang hal yang tular ini. 

Melalui satu luahan pendapat, jelas Sharnaaz dia pun tak bersetuju dengan cara sebegini. 

“Dengar kata dari Pak Nil, budak tepek kek itu semuanya dibayar content. Katanya tak ada yang tolong pun kakak tu lepas kena tepek kek. Nak bagi kesederan pada kita.” 

“Saya lama dah respect dengan Pak Nil tapi kalau nak lahirkan bakat untuk tular macam ni, lebih baik lahirkan mereka yang ada bakat seni. Bukannya jenis sampah sebegini.” 

“Sumpah, ini semua sampah yang akan mewakili industri seni nanti. Aku dah lama tak masuk campur benda viral ni, tapi kalau macam ni nak penuhkan drama dan penuhkan seni, mana zaman kualiti, mana zaman kena ada bakat.” 

Ini pendapat dari Sharnaaz Ahmad tentang isu ini. 

Itulah dua pendapat dari dua insan seni tanah air iaitu Sharnaaz Ahmad dan Dato Fazley Yaacob tentang video yang dibuat oleh influencer bernama Daing Ellando baru-baru ini.