“Saya berlakon saja” Wanita kena tekup kek mengaku dia hanya berlakon

1,631 views

Sedang panas di laman media sosial tentang satu video prank yang dilakukan seorang influencer TikTok melalui akaun Daing Ellando.  

Video berkenaan agak keterlaluan sebab ada seorang wanita yang juga seorang ibu yang sedang beregat di sebuah taman, telah ditekup dengan kek di wajahnya. 

Tindakan Daing Ellando itu mendapat reaksi yang kurang baik dari orang ramai yang tak senang melihat perbuatan berkenaan. 

Setelah menerima pelbagai komen yang agak kurang baik, akhirnya Daing Ellanda dan juga wanita berkenaan telah tampil memberi penjelasan. 

Dikatakan video itu hanya merupakan satu lakonan semata-mata, wanita itu memang dah tahu dia akan kena tekup di wajahnya. 

Itu bukanlah satu video spontan sebaliknya telah dirancang content nya. 

“Saya mahu nyatakan dan beritahu kat sini bahawa saya merupakan antara orang yang berlakon dalam video berkenaan.” 

“Tugasan saya ialah untuk melakonkan watak seorang ibu yang bawa anak OKU di taman itu, dan kemudian saya akan di prank dengan kek.” 

Wanita ini kemudian menyatakan dia setuju untuk berlakon kerana mahu influencer berkenaan. 

“Saya dah setuju untuk berlakon watak itu demi nak bantu anak-anak muda yang bekerjaya dalam buat video untuk terus berjaya.” 

Wanita berkenaan juga mendedahkan ketika lakonan, memang tak ada yang membantunya dan kesian sebab Daing menjadi viral dan menerima komen tak baik. 

“Memang kesian dengan Daing sebab saya hanya nak bantu dia, saya sayang dia, harapnya orang luar sana jangan terlalu emosi. Tujuan lakonan untuk kesedaran buat semua.” 

“Orang Malaysia ni tak ada yang nak tolong pun saya masa tu. Sampai saya pergi ke kereta dalam keadaan macam tu pun tak ada orang yang tolong. Orang hanya nak bantu bila dah viral.” 

Sementara itu, Daing Ellando berkata dia buat adegan berkenaan sebagai satu eksperimen sosial untuk melihat reaksi orang ramai yang melihat kejadian berkenaan. Namun tiada apa yang terjadi. 

“Kita bukan mahu prank pelakon wanita itu, kita nak prank orang sekeliling sama ada mereka akan sedar dengan kejadian itu.” 

“Tak ada orang yang ambil kisah, itulah situasinya. Bila dah viral baru orang bertindak.” 

Daing kemudian telah memohon maaf di atas video berkenaan. 

“Saya mohon maaf secara terbuka jika ada yang terkesan dengan video berkenaan. Saya bertanggungjawab penuh dengan video berkenaan. Jangan ikut budaya seperti saya buat ini.” 

Itulah kisahnya tentang video Daing Ellando setelah buat video menekup wajah wanita dengan kek di sebuah taman.