“Saya dah beritahu pada ibu ayah, mereka tak berapa setuju dengan calon saya” Abang Viva

5,053 views

Sering membantu orang semasa banjir, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar kini telah pun selamat bernikah dengan wanita pilihan hati. 

Azwan Omar selamat bergelar suami kepada Evanoza Zakaria pada tarikh 14 Oktober yang lepas. 

Namun selepas hampir seminggu melayari rumah tangga, pasangan ini diduga apabila kakak kepada Azwan sendiri mendedahkan perkahwinanya itu tidak diketahui ahli keluarga. 

Abang Viva dan isteri juga tidak mendapat restu dari keluarga sebelah Azwan sendiri. Hal ini didedahkan oleh kakaknya bernama Fauziyah Omar. 

Azwan telah tampil menjelaskan situasi sebenarnya tentang isu yang melanda dirinya ini. 

Jelasnya dia dah pun inform ibu bapanya sebelum berkahwin dengan Evanoza, dua hari sebelum nikah. 

Malahan Abang Viva turut menunjukkan Whatsapp mesej yang diberikan kepada ibunya. 

“Saya bukannya bernikah tanpa pengetahuan ibu bapa saya seperti yang diceritakan. Saya bernikah ni atas ibu dan bapa.” 

“Sebenanrya saya ada beritahu ayah sebanyak tiga kali yang saya nak kahwin, manakala pada ibu pula saya dah lima kali beritahu nak kahwin. Cuma mereka tidak bersetuju sangat dengan calon yang saya pilih tu.” 

“Last sekali saya cakap nak kahwin pada mak ialah pada 12 Oktober, dua hari sebelum nikah.”  

“Lepas saja nikah, pada 15 Oktober saya ada mesej di Whatsapp, sehari lepas tu pada 16 Oktober pun saya mesej beritahu dah kahwin. Dan saya pun ada hantar gambar kahwin saya dekat mak berserta video akad nikah sebab saya baru dapat ketika itu.” 

Abang Viva meminta semua pihak mendoakannya dan dia akan pulang untuk berbincang dengan keluarganya. 

“Saya minta sangat semua pihak untuk mendoakan yang baik-baik. Berilah saya dan juga keluarga sedikit ruang. Doakan kami.” 

“Tentunya kami akan berbincang secara tertutup. Saya akan balik ke rumah ibu bapa, itu sudah pasti.” 

Selain itu, Abang Viva akui dia dan isterinya, Evanoza, telah pun mempercepatkan tarikh nikah dari rancangan asal untuk elakkan kata-kata orang ramai. 

Ditanya mengapa tak bincang dulu dengan keluarga, Abang Viva mendedahkan dia dah ditendang keluar dari group Whatsapp keluarga oleh kakaknya. 

“Ada yang bertanya mengapa saya tidak berbincang dalam gruup WhatsApp keluarga. Ini kerana, saya telah dikeluarkan dari grup. Saya dah kena kick dengan kakak saya sendiri.” 

Sungguhpun terasa hati, Abang Viva anggap semua ini ujian buat dirinya. 

“Saya akui mak dan ayah saya tetap nombor satu, oleh itu saya akan balik. Apapun, saya tak mahu cakap lebih.” 

Itulah penjelasan dari Abang Viva atau Azwan Omar tentang kisah nikah dengan wanita bernama Evanoza Zakaria.