“We can’t be a partner anymore. The end” Caption Sharifah Sakinah undang pertanyaan

2,461 views

Pelakon Sharifah Sakinah menjadi tumpuan petang tadi apabila muatnaik satu entry yang telah menjadi tanda tanya orang ramai. 

Sharifah Sakinah telah memberi gambar ada sesuatu yang terjadi dengan suaminya bernama Michael Hensen. 

Muatnaik gambar bersama, adik kepada Sharifah Shahira dan Sharifah Haslinda ini ada memberi banyangan yang menjadi bualan ramai. 

Jelas pelakon berumur 33 tahun ini, dia dan suami mempunyai fikiran, idea, pandangan dan kepercayaan yang tidak sama, dan kini semuanya dah berakhir. 

Caption berkenaan ditulis dalam Bahasa Inggeris, dan ini translation nya. 

“Kami berdua mempunya pendapat yang berbeza, kepercayaan sistem yang tak sama, perspektif serta ideologi yang berlainan.  Kerana itu kami tak boleh lagi menjadi pasangan. Dah tamat.” 

Menggunakan ayat the end, ramai nak tahu adakah ianya tentang hubungan rumah tangganya, atau hanya urusan perniagaan yang mereka usaha sama. 

Untuk info, Sharifah Sakinah dan juga Michael Hensen bersama berkerjasama menjadi co-founder untuk program fitness, Hemmafit. 

Sharifah Sakinah telah menutup ruangan komen di gambar berkenaan. 

Dari laporan portal Kosmo Online, pihak media ada cuba hubungi Sharifah Sakinah untuk bertanya tentang caption dan pengumuman berkenaan. 

Namun sehingga kini, Sharifah Sakinah tidak membalas atau reply dan belum lagi beri jawapan. 

Kena tunggu penjelasan dari tuan punya badan kelak. 

Untuk info, Michael Hensen yang merupakan jejaka dari Sweden, bernikah dengan Sharifah Sakinah setelah mula berkenalan sejak tahun 2020. Mereka mengumumkan dah bergelar sebagai pasangan suami isteri pada bulan Februari lepas, namun tarikh pernikahan tidak didedahkan. 

Michael Hensen mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu manakala Sharifah Sakinah mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan pilot bernama Aliff Adha.