“Saya dah masak dengan perangai DS Vida, tak sabar tunggu drama baru” -Iqbal

1,814 views

Semua pun dah tahu, Datuk Seri Vida kini dah ambil pembantu peribadi yang baru iaitu Abang Qu tau Qusyairy.

Dengan gaji sebanyak RM10 ribu, ramai yang melihat Abang Qu ini sebagai pengganti kepada Ahmad Iqbal.

Apabila ditanya tentang pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang baru ini, Ahmad Iqbal langsung tak ada terdetik rasa cemburu pun.

Kata ahli perniagaan yang dah bergelar penyanyi dan pelakon ini, dia dah malas nak ambil tahu tentang DS Vida dan hanya mengucapkan selamat maju jaya kepada abang Qu.

“Jujur saya dah tak nak dan tak ambil tahu hal berkenaan DS Vida. Tetapi memang saya ad abaca berita tentang PA dia yang baru tu, namun tak baca sampai full pun.”

“Apa yang saya nak cakap ialah all the best saja kepada dia. Sya tak mahu komen lanjut, hanay nak pesan kerja baik-baik dan elok-elok.”

“Pengalaman kerja dengan DS Vida ni kena lalui sendiri, belajar dan tengok cara kerja DS Vida, saya tak mahu cakap apa-apa tetapi kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.”

Kata Iqbal dia dulu dapat gaji tak banyak macam abang Qu terima.

“Dulu pemilihan saya tak sama macam sekarang, masa tu saya kena buat pelbagai kerja, selepas setahun baru saya dapat jadi PA dengan gaji RM1200 saja. Beza dengan sekarang, DS Vida terus popularkan dia, memang lain dan beza.”

Dalam pada itu, Iqbal berkata dia tak sabar nak tengok apa pula drama yang akan dibuat oleh DS Vida selepas ini.

“Saya ni tak sabar nak tengok drama seterusnya, saya dah masak sangat dengan perangai DS Vida tu.”

“Dari pandangan mata saya, kemungkinan PA baru ni memang taste DS Vida, dia suka kulit putih, soft spoken dan senang ikut kata.”

Itulah komen dari Ahmad Iqbal tentang PA baru Datuk Seri Vida iaitu Abang Qu.