“Pelik kenapa suka posing macam tu” Cara posing Daiyan Trisha dipertikai

2,889 views

Nama penyanyi yang kini turut bergelar pelakon iaitu Daiyan Trisha kini meniti di bibir para peminat industri hiburan tanah air.

Bakat serta kecantikkan yang dimiliki membuatkan ramai yang meminati Daiyan Trisha, mana tak nya, nyanyi sedap, berlakon pun boleh tahan hebatnya.

Namun begitu, tak semuanya indah belaka, kerana ada juga yang kurang gemar dengan Daiyan terutaam melibatkan bab pakaiannya.

Mempunyai lebih satu juta follower sudah tentu setiap update dan foto yang dimuatnaik oleh Daiyan Trisha akan jadi bualan ramai.

Baru-baru ini, Daiyan trisha telah hadir ke satu event untuk jenama terkenal iaitu Bonia. Seperti kebiasaaannya, jika dah datang ke event, sudah tentu akan upload gambar di sana.

Ketika itu, Daiyan telah post beberapa keping foto sedang posing dengan sebuah beg Bonia, namun cara posing itu dipersoalkan sesetengah netizen.

Pelik betul kenapa kena ambil gambar macam tu.” Soal seorang netizen.

Ada juga yang sampai mengucap bila tengok foto Daiyan Trisha itu. Tak kurang juga yang mendoakan agar Daiyan kembali ke jalan yang lurus dan akan menerima hidayah.

Dan komen berkenaan turut mendapat perhatian Daiyan, dan selebriti ini membalas dengan perkataan: “Amin.”

Selain itu, ramai yang turut memberi komen tentang bentuk beg yang dipegang oleh Daiyan Trisha. ramai yang tertarik dengan bentuk beg itu seakan bekas makanan atau mangkuk tingkat.

Daiyan bawa bekal ke tu. Bawa mangkuk tingkat pun cantik.” Tulis netizen tentang beg Daiyan itu.

Daiyan Trisha kini berumur 28 tahun, dan perjalanan seninya dilihat bersinar setelah tampil dengan naskah terkini seperti beberapa drama dan filem serta lagu baru. Daiyan berganding dengan Ben Amir untuk drama baru manakala untuk filem berganding pula dengan Zizan Razak.