“Saya dan mama beza pendapat” kata Cik B

8,512 views

Cik B anak kepada Datuk Seri Vida kini sibuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Cik B dilihat pergi ke serata tempat untuk mencari mereka yang telahpun angkat bedera putih, tanda memerlukan bantuan.

Namun begitu, isu yang melibatkan ibunya iaitu menyatakan orang ramai jangan terlalu bergantung harap untuk angkat bendera putih demi mengharapkan bantuan saja.

Jelas Datuk Seri Vida, adalah lebih baik seseroang itu pergi berusaha untuk mencari wang dari hanya mengharapkan bantuan.

Kenyataan dari Vida ini ternyata membuat ramai yang tak setuju dengannya. Ini sekaligus membuatkan Cik B turut terkena tempiasnya.

Akan tetapi, netizen bukannya marah dengan Cik B malah ramai yang akui usaha Cik B adalah satu usaha yang amat murni, namun ada yang bertanya kenapa ibu kepada Cik B sampai hati buat kenyataan sedemikiam.

Apabila ditanya tentang isu ini, Cik B telah memberikan jawapannya. Kata Cik B, dia dan ibu merupakan dua individu yang mempunyai padanganan yang berbeza tentang usaha memberi bantuan terutama mereka yang dah kibar bendera putih.

Kepada Cik B, saya amat berharap awak mesti lebih tahu kepada begitu ramai netizen yang memberi komen kepad ibu awak berkenaan isu bantuan. Saya juga kecewa.”

Gadis berumur 16 tahun ini kemudian memberi respon balas.

Saya amat berharap semua orang dapat faham bahawa saya dan ibu merupakan dua orang yang berlainan. Ibu saya boleh cakap dan beritahu apa pandangan dia, namun begitu, ianya tak bermaksud saya juga mempunyai pandangan yang sama. Apapun, mama saya seorang yang amat mengagumkan, dan saya sentiasa akan hormati mama.

Itulah pandangan dari Cik B tentang isu yang melanda ibunya Datuk Seri Vida baru-baru ini.