“Nak pitam tengok, darah penuh kat lantai” Anak Ezad Lazim dikejar ke hospital

2,084 views

Anak kedua penyanyi Ezad Lazim bernama Putera Muhammad Darwish telah dikerjarkan ke hospital kerana kepalanya alami pendarahan tak henti-henti.

Darwish yang berumur 6 tahun rupanya berkelahi dengan kakak sulungnya, Puteri Rania Keisha yang berumur 8 tahun.

Dikatakan adik beradik ini berkelahi sebab isu mandi sehingga si kakak guna penyangkut baju memukul adiknya itu menyebabkan luka di bahagian kepala.

Isteri kepada Ezad, Zeana Ramli memberitahu, ketiak kejadian dia sedang memasak. Semua terkejut apabila melihat kepala Darwish berlumuran darah.

“Kejadian itu berlaku ketika saya masak di dapur dan Ezad pula ada kat ruang tamu. Anak masa tu ada kat tingkat atas.”

“Kemudian Darwish turun dan menangis beritahu kakaknya Rania guna penyagkut baju memukul kepalanya. Masa tu nampak banyak darah, penuh darah atas lantai.”

“Sebenarnya Darwish marah pada kakak kerana tak tunggu dia mandi.

Anaknya itu kini telahpun mendapatkan rawatan di hospital dan dalam keadaan yang stabil saja.

“Kami bawa Darwish ke klinik dan doktor cakap kena refer hospital kerana darah tak berhenti-henti. Pemeriksaan di buat di hospital, tapi syukur lukanya tak perlu jahit, hanya bersihkan darah yang dah beku.”

“Doktor kemudian bagi ubat. Keadaan dia pun dah okay sekarang. Kakanya Rania cakap dia tak sengaja buat macam tu kat adik dia.”

“On the way balik Darwish siap beli donut untuk kakak dia. Biasalah budak-budak berkelahi, syukur tak ada yang teruk.”

Di laman Instagram milik Ezad, penyanyi ini ada muatnaik gambar anaknya terima rawatan.

“Doakan darwish, adik beradik berkelahi tapi ni ada berdarah banyak, kami yang tengok pun rasa nak pitam darah penuh kat lantai. Si kakak menangis mohon maaf sebab tak sengaja.”