Uqasha Senrose tampil cerita apa yang terjadi kepada Kamal Adli

10,120 views

Satu insiden mengejutkan telah terjadi kepada pelakon Kamail Adli ketika berada di ekspo di negara jiran Singapore. 

Kamal Adli telah diserang oleh seorang individu yang tak dikenali olehnya sehingga telah tercedera yang agak teruk juga. 

Ketika itu Kamal Adli dan isterinya Uqasha sedang melayan para peminat di booth jualan di ekspo berkenaan. 

Menerusi laporan Media Hiburan, Uqasha Senrose telah tampil menceritakan detika berkenaan.  

Ini kenyataan dari Uqasha Senrose.  

“Kami berada di satu event ekspo di Singapura. Hari ini merupakan last day, dan semasa kejadian dah nak selesai dah.” 

“Ketika jam lebih kurang 10 malam, ada seorang makcik mahu bergambar di kerus roda. Saya dan Kamal terus saja bergambar dengan makcik itu.”  

“Kemudian secara tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, di mana Kamal Adli.”  

“Kami hanya berfikir, mungkin dia ni seorang peminat. Kamal pun tegur dia.” 

“Dengan tiba-tiba dia terus saja mengeluarkan chota dari poketda kemudiannya dia terus saja memukul berkali-kali belakang kepala Kamal.” 

Uqasha yang masih lagi dalam keadaan terkejut terus kuatkan diri dan menceritakan apa yang terjadi.  

“Memang nampak dia berdarah dan berjurai habis di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia terus memukul di bahagian pipinya.”  

“Kemudiannya terus saja memukul berkali-kali di badan Kamal.” 

Uqasha Senrose juga memaklumkan ketika itu, individu berkenaan juga membawa benda tajam.  

“Dia pun mempunyai alatan sebagai senjta yang tajam.” 

Jelas Uqasha, ketika ini Kamal telah dirawat dan kemudian dibawa berjumpa doktor. 

Kamal Adli kini perlu jalani pembedahan akibat dari kesan pukulan itu. Kamal mempunyai luka yang agak besar serta panjang dan dalam.   

“Memang saya amat bersedih sebab Kamal kena buat pembedahan, di belakang kepalanya ada luka yang panjang. Dia kena ditidurkan.”  

“Saya pula tak boleh masuk bilik pembedahan sekarang. Saya buat laporan polis di Singapore.” 

Jelas Uqasha Senrose lagi, individu yang menyerang itu telah pun ditahan namun sempat lagi memberi ugutan kepada dirinya dan juga adik beradiknya.   

“Apabila dia berjaya ditahan dan ditangkap oleh orang awam, dia cakap ada beberapa alasan. Antaranya ialah kononnya dia dihantar oleh sesuatu pihak.”  

“Lepas tu, dia kata yang dia ada isu peribadi dengan Kamal. Apabila terus ditanya lagi, dia cakap bahawa pula yang dia cemburu melihat Kamal berkahwin dengan saya.”  

“Apa yang merisaukan kami ialah dia sempat melemparkan kata-kata ugutan kepada kami. Dia kata dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan kami akan menanggung akibatnya.”  

“Jika dia dah ada chota dan snjata yang tajam, tidak mustahil lah dia pun ada snjata lain juga. Di depan pihak polis pun dia berani lemparkan kata ugutan.” 

Itulah penjelasan terbaru dari Uqasha Senrose tentang isu yang melibatkan suaminya Kamal Adli di Singapore malam tadi.