“Saya pun terkejut” Puteri Sarah respon tentang dakwaan Syamsul Yusof dan wanita kerinting

6,253 views

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba ada satu kisah mengatakan pengarah terkenal Syamsul Yusof dikhabarkan menjalin hubungan dengan seorang wanita berambut kerinting. 

Ada beberapa foto yang tular menunjukkan Syamsul Yusof amat rapat dengan wanita berkenaan. 

Sudah tentu, orang ramai agak terkesima dengan berita berkenaan apatah lagi Syamsul baru saja selesai kesnya dengan Puteri Sarah Liyana. 

Dalam bahagia bersama Ira Kazar, ramai tertanya tak akan pula Syamsul dah menjalin hubungan dengan wanita lain. 

Selain itu, ramai juga yang tertanya apa respon dari bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah tentang hal ini. 

Puteri Sarah yang kini sedang sibuk dengan pelbagai penggambaran, berkata, dirinya tidak tahu menahu akan hal tersebut.  

Jelasnya, cerita itu tak melibatkan dirinya, kerana itu adalah hal peribadi bekas suaminya.  

“Saya tak tahu menahu tentang hal itu, saya sibuk dengan kerja saya.”  

“Memang saya pun terkejut juga mendengarnya. Saya tidak mahu memberi komen lebih-lebih sebab itu hal peribadi Syamsul.”  

“Lagi pula ianya tiada kena mengena dengan saya.” 

“Sekarang ni, saya dan Syamsul hanya berhubung untuk hal anak-anak saja.” 

Puteri Sarah juga berkata, dia hanya tahu tentang kisah itu dari orang ramai, dan juga komen-komen dari warga maya di Instagram miliknya. 

Tentang wanita berambut kerinting itu, Puteri Sarah juga tak mengenalinya. 

“Saya baru tahu hari ini, sekarang memang saya sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak update apa-apa sebab fokus kerja.” 

“Tiba-tiba hari ini saya tengok di ruang komen saya dah banjir dengan banyak komen.”  

“Saya terkejut dan tidak tahu sama ada hal itu sahih atau tidak. Bukan hal kita oleh itu saya pun tak nak ambil tahu.”  

“Apa yang paling penting hubungan dia berkenaan anak-anak jalan macam biasa. Hal yang lain saya tak nak tahu.” 

Itulah respon dari Puteri Sarah tentang kisah mendakwa bekas suaminya, Syamsul Yusof sedang menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan wanita berambut kerinting.