“Saya sangat-sangat malu” Nabila Razali

5,964 views

Baru-baru telah tular video menunjukkan Nabila Razali terjatuh dan tersadung ketika mahu membuat persembahan nyanyian di satu acara di Menara Kuala Lumpur.

Nabila Razali sendiri yang muatnaik video berkenaan di laman media sosial miliknya dan menulis caption ini.

Jadi, inilah caranya saya mulakan tahun 2022 saya.” Tulis Nabila diruangan caption video tersebut.

Dari video itu, Nabila Razali sedang berjalan menuju ke atas pentas untuk mulakan persembahannya, secara tiba-tiba terpelecok dan terjatuh. Para penonton dilihat ada yang menjerit kerana terkejut melihat penyanyi berumur 29 tahun itu terjelepok.

Kemudian datang beberapa staff yang cuba membantu Nabil Razali untuk bangun semula.

Yang menariknya ketika terjatuh, secara spontan, Nabila Razali sempat cover dengan terus mengatakan ucapan selamat tahun baru.

Melalui satu laporan Harian Metro, Nabila Razali akui, sebenarnya dia memang amat malu dengan kejadian berkeenaan.

Namun cara Nabila Razali sempat memberi ucapan ketika jatuh itu telah menghiburkan tetamu yang hadir.

“Ketika itu, memang saya tersangatlah malu selain rasa sakit akibat terjatuh. Tetapi, syukur alhamdulillah sungguhpun saya jatuh tersadung, tanggungjawab untuk buat persembahan nyanyian saya dapat selesaikan sampai akhir dan semua penonton pun terhibur.”

“Saya sebenarnya tidak pasti mengapa boleh tersadung kaki ketika berjalan nak ke pentas itu. Masa tu memang tak dinafikan, saya pakai kasuk tumit tinggi, dan ianya memang agak tinggi.”

“Sebelum kasut tu pernah dah pakai juga. Dan tiada masalah. Apapun memang dah nak jadi cerita kan, ditambah pula tersadung depan orang ramai.”

Nabila Razali mengambil positif hal berkenaan dan baginya yang penting penonton semua terhibur dengan persembahannya di acara berkenaan.

Di laman media sosial Nabila razali, video tersebut sudah ditonton lebih kurang 900ribu tontonan, dan ramai memberi komen berasa kesian melihat Nabila Razali jatuh dan tak kurang juga yang rasa lucu dengan cara Nabila Razali cover ketika terjelepok itu.