Dah boleh jangka Bandi tersingkir, lepas ni pun tahu siapa menyusul – Dato Ramli MS

5,798 views

Malam tadi, penyanyi rock, Bandi akhirnya menjadi peserta keempat yang tersingkir dari pentas gegar Vaganza.

Bandi yang menyanyikan lagi I want to break free nyanyian asal kumpulan Queen, ternyata gagal memikat hati para juri yang terdiri dari Datuk Ramli, Datuk Syafinaz, Bonda Hetty Koes Endang serta juri jemputan iaitu Datuk M Nasir.

Bagi Datuk Ramli MS, dia seperti sudah boleh jangka bahawa Bandi akan tersingkir pada minggu ini.

“Sesuatu yang boleh nak dijangka. Dah nampak, tetapi ada ketika mereka boleh selamat sebab pihak produksi yang ada buat keputusan mengatakan tak ada penyingkiran sebelum ini. Nampak sejak dua minggu lalu.”

“Bandi merupakan menjadi peserta yang keempat tersingkir dan kalau tengok berdasarkan ranking markah, memang itulah dia. Dari segi carta bintang yang tersingkir, macam turn, seolah-oleh dah boleh jangka siapa yang akan ikut menyusul.”

“Malah rasanya lepas ini pun, macam sudah dapat jangka siapa yang terkeluar. Cumanya kadangkala mereka terselamat tak ada penyingkiran.”

Ketika selesai membuat persembahan, Datuk Syafinaz memberi komen mengatakan Banid seorang yang unik, namun untuk pertandingan, dia kena memberi komen terutama dari segi sebutan dan juga intonasi.

“Saya suka dengan nyanyiannya sebab Bandi dah datang balik. Namun ini satu pertandingan, oleh itu banyak elemen yang kita kena pastikan dan kena baiki lagi.”

Syafinaz bertanya kepada Bandi adakah dia terbuka mendengar komen juri, dan Bandi mengatakan ya. Syafinaz kemudian berkata tentang sebutannya dan juga intonasinya.

“Nombor satu, tentang sebutan abang ketika nyanyi lagu English dan yang kedua berkenaan intonasi. Ini perkara yang sangat penting dalam sesuatu pertandingan.”

Malam tadi, Nikki berjaya mendapat markah tertinggi dengan 72 peratus, diikuti oleh Aliff Aziz dengan 71 peratus.

Untuk kedudukan terbawah ialah Banid dengan 53 peratus, diikuti Saya dengan 54 peratus dan Adibah Noor menerima markah 56 peratus.