“Saya sendiri tak mampu buat apa yang Nina buat” Ayah kepada Mizz Nina, Tan Sri Azman

4,904 views

Mizz Nina, satu nama besar dalam bidang seni, yang pernah berkolaborasi dengan banyak artis antarabangsa.

Namun di usia yang dah meningkat, Mizz Nina terus berhijrah, mendekatkan diri kepada Illahi, yang mencipta seluruh alam.

Kecekalan Mizz Nina untuk berhijrah ini juga mendapat pujian dari ayahnya iaitu Tan Sri Datuk Azman Hashim.

Menerusi satu temubual dengan Mizz Nina, Tan Sri Datuk Azman Hashim akui apa yang dilakukan oleh anaknya itu dia sendiri tak mampu nak lakukan.

Antara ucapan yang dilontarkan oleh ayah kepada Mizz Nina ini ialah rasa kagum dnegan sifat Nina yang terus menerus mengajak orang ramai untuk membuat kebajikkan.

“Saya sendiri memang tak mampu nak buat apa yang Nina buat. Sebaik saja dia dah berhijrah, Nina terus ajak orang ramai sama-sama buat kebaikkan, walhal saya pun tak mampu nak sebarkan hal sedemikian.”

“Semoga Allah juga akan kurniakan kebaikkan kepada saya sebagai seorang ayah kepada Nina.”

Tan Sri Datuk Azman Hashim ini seorang tokoh yang dihormati ramai. Sebagai pengerusi Kumpulan Ambank, Azman Hashim pernah diangkat sebagai Aean Businessman of The Year pada tahun 1993.

Perubahan Mizz Nina ternyata membuka mata banyak pihak kerana bukan saja memperbaiki diri, Mizz Nina juga giat melakukan kerja amal serta menyebar kebaikkan.

Mizz Nina atau nama betulnya, Shazrina Binti Azman kini dijui setelah mengumumkan perpisahan dengan Noh Salleh, vokalis dari kumpulan Hujan.

Setelah 11 tahun melayari bahtera bersama, akhirnya berakhir sudah perkahwinan antara dua selebriti ini.

Apapun, sama kita doakan agar semua urusan kedua mereka, Mizz Nina dan juga Noh Hujan akan dipermudahkan selepas perpisahan ini, semoga baik-baik saja.