“Selama ni I menangis pada you” ~Puteri Sarah pada Neelofa.. Lofa antara yang tahu awal

4,072 views

Kisah yang melanda rumah tangga Puteri Sarah Liyana diganggu orang ketiga rupanya dah diketahui oleh Neelofa sejak dulu lagi.

Jelas pengacara dan pelakon ini, dia dan Puteri Sarah Liyana ada berborak tentang isu ini, dan akui memang agak sukar untuk Puteri Sarah Liyana melaluinya.

Sehinggakan, Neelofa sendiri dah tak tahu macammana lagi nak memberi nasihat kepada Puteri Sarah.

Wujudnya orang ketiga yang lebih dikenali dengan terma penyondol ini, bukan saja menjalin hubungan dengan suami, malah menggangu hidup Puteri Sarah Liyana sendiri.

Neelofa berkata, dia memang tak sanggup nak lihat apa yang Puteri Sarah Liyana lalui selama ini.

“Kita dan banyak borak tentang hal ini. Sehinggakan, ada satu masa, saya dah tak tahu nak beri nasihat apa dah, sebab terlalu teruk pihak ketiga buat pada awak.”

“Ketika itu, ramai semua pun tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam, apatah lagi awak yang perlu melalui. Awak ni seorang yang sabar dan kuat.”

Jelas Neelofa, antara perkara yang betul buat dia kagum dengan Puteri Sarah Liyana ialah dia memang benar-benar menjaga hal dalam rumah tangga, dan tidak menyebar cerita yang tak baik tentang suaminya.

“Satu benda yang saya betul terkesan ialah, walau apa yang berlaku, awak tetap nak jaga perkahwinan, dan jaga nama suami sendiri. Awak meamng dah banyak mengalah.”

“Semoga lepas ini akan segalanya digantikan dengan kebahagiaan yang akan datang.”

Komen Neelofa itu ditulis di ruangan komen di video yang dimuatnaik oleh Puteri Sarah Liyana ketika berada di mahkamah.

Puteri Sarah Liyana kemudian ada beri reply dan ucap terima kasih kepada Neelofa.

“Terima kasih love. Selama ini saya menangis dekat awak. Akhirnya, terima kasih banyak ajar saya banyak doa.”

Puteri Sarah Liyana kini dah pun meneruskan tindakan undang-undang kepada wanita bernama Ira Kazar.