Scan doktor sahkan kandungan Aisyah Hijanah kecil dari usianya

1,888 views

Aisyah Hijanah sedang diuji ketika ini dengan isu melibatkan perkahwinan dengan Alif Teega. 

Suaminya itu telah pun mengesahkan dah berkahwin seorang lagi di negara jiran. 

Dalam keadaan Aisyah yang sedang hamil anak ketiga, sudah tentu amat berat dugaan buat ahli perniagaan ini. 

Tentang kandungannya, Aisyah kini hampir masuk ke trimester ketiga, usia kandungannya lebih kurang 5 bulan. 

Aisyah Hijanah telah lalui satu pemeriksaan bayi dalam kandungan dan mengesahkan baby agak kecil dari yang sepatutnya. 

Namun begitu, keadaan baby masih lagi baik, cumanya size saja yang kecil. 

“Minta semua dapat doakan bayi dalam kandungan saya dipelihara daripada sebarang kemudaratan. Insyaallah saya cuba menjaga dengan sebaiknya dan selamat.” 

“Semalam, saya baru buat detail scan dan bayi dalam keadaan yang baik, tetapi memang agak kecil dari umurnya.” 

“Rakan psikologi saya juga ada check dan kini saya harus menjaga kesejahteraan mental saya.” 

Jelas wanita ini lagi, beberapa faktor telah dikenal pasti antara puncanya.  

“Baby agak kecil dari umurnya, ada banyak faktor. Antaranya mungkin memang badan saya yang kecil. Dan juga stress sepanjang isu serta saya mula kurang selera makan.” 

Aisyah sempat juga menitipkan doa dan harapan buat baby dalam kandungannya ini.  

“Doakan agar baby ini akan diberi takdir yang baik, rezeki serta jodoh yang baik. Semoga akan dibesarkan dengan baik dan dijadikan anak yang mudah masuk ke syurga.” 

Disamping itu, Aisyah berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada dirinya.  

“Terima kasih atas semua kata-kata semangat, motivasi dan kasih sayang yang ditunjuk semua. Saya amat hargai kalian.” 

“Sungguhpun kita tidak kenal secara rapat, tetapi segala motivasi yang diberikan sangat berguna untuk saya di masa akan datang. Doakan semoga semuanya baik-baik.” 

Itulah sedikit perkembangan tentang baby dalam kandungan Aisyah Hijanah.