Suami minta Nabila Razali masuk kelas vokal

1,202 views

Penyanyi terkenal, Nabila Razali kini dah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan bernama Nik Iruwan. 

Setelah berkahwin, penyanyi berumur 31 tahun ini memberitahu bahawa suaminya sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk meneruskan kerjaya seninya. 

Malah, Nik Iruwan ada meminta Nabila Razali untuk terus mengembangkan kerjayanya dan mahu melihat Nabila menjadi penyanyi yang lebih baik. 

Antaranya, Nik Iruwan meminta Nabila untuk masuk ke kelas nyanyian agar dapat tambah baik vokal nyanyiannya dan terus menambah ilmu dalam bidang nyanyian. 

Ini komen dari Nabila Razali yang lebih dikenali dengan nama Bella.  

“Nik selalu cakap kat saya, kalau awak nak jadi seorang penyanyi yang lagi bagus, kenalah terus perbaiki diri sendiri.”  

“Dia ada minta saya untuk pergi sertai kelas nyanyian sebanyak mungkin dan sentiasa bekerja keras.”  

“Itu antara yang suami saya selalu tekankan.” 

Jelas Nabila Razali, dia bersyukur kerana Nik Iruwan seorang suami yang memahami, apatah lagi dirinya memang begitu sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi dan juga pelakon.  

“Saya syukur sangat sebab dapat seorang suami yang begitu memahami dengan kerjaya, masa dan juga cara saya bekerja.”  

“Sejujurnya, saya tak nak jadikan status dah bergelar isteri ini sebagai satu alasan untuk tak bekerja.”  

“Rezeki datang dengan pelbagai cara, mungkin kalau kurang berlakon ada pula banyak tawaran menyanyi dan sebaliknya.” 

Nabila Razali berkata sedemikian ketika berada di majlis pelancaran lagu single terbarunya berjduul Hanya Kamu. 

Lagu ini juga dimainkan ketika pengumuman majlis pernikahannya dengan suami baru-baru ini.  

Nabila Razali, 31 tahun, selemat bernikah dan bergelar isteri kepaad Nik Iruwan, 38 tahun pada 18 November 2023 dalam satu majlis yang diadakan di The Chateau Spa Wellness Resort, Pahang.