“Sekarang satu mahkamah tahu perangai sebenar dia” – Ammar Alfian

97,896 views

Kisah rumah tangga pelakon yang juga bintang filem Paskal iaitu Ammar Alfian, 33 tahun, diketahui telah berantakan dan dah tak tinggal di bawah satu bumbung sejak tahun lalu.

Semalam semua kini telah selesai setelah pelakon itu dan isterinya Nelissa Nezam, 31 tahun, dibenarkan untuk berpisah secara sah melalui tebus talak oleh pihak mahkamah.

Perkara ini disahkan oleh Ammar Alfian menerusi satu perkongsian di laman media miliknya yang mana mengatakan pihak Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan membenarkan perpisahan mereka secara tebus talak.

Ammar Alfian memberitahu bahawa Nelissa Nezam diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk bayar RM7 ribu iaitu wang iwad tebus talak kepadanya.

Bersyukur dengan hal berkenaan, Ammar turut mengatakan segala perangai bekas isterinya itu telah diketahui oleh pihak mahkamah dan tak akan maafkan segala perbuatan Nelissa Nezam kepada ibu dan bapanya.

“Syukur alhamdulillah. Pada hari ini pihak mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercrai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya sebanyak RM7000, comel kan peguam saya ni.

“Akhirnya kebenaran keluar juga. Satu mahkamah dah tahu perangai sebenar dia”

“Apa yang dah dia lakukan terhadap ibu dan bapa saya tidak akan saya maafkan. Kebenaran telah dilaksanakan”.

Sebelum ini ada beberapa kali Nelissa Nezam meluahkan rasa kesal terhadap Ammar kerana tidak mahu memberi kerjasama dan tidak mahu melepaskan serta berpisah dengannya. Ammar telah menolak permohonan perpisahan yang difailkan oleh Nelissa sejak awal tahun ini.

Ammar Alfian dan Nelissa berkahwin pada tahun 2016 dan mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Kyro Shakur. Kisah mereka mula jadi tumpuan setelah Nelissa mendedahkan bahawa Ammar tidak setia dengannya, ada mendedahkan perbualan sebagai bukti.