Kenyataan Sarah Hildebrand buka tudung, setelah 5 tahun berhijrah

5,102 views

Satu keputusan yang amat mengejutkan telah diambil oleh pelakon Sarah Hildebrand. Pelakon ini telah dilihat tidak lagi menutup aurat dan memakai tudung.

Memang ramai follower dan netizen yang meluahkan rasa tak sangka setelah melihat pelakon ini memuatnaik gambar terkininya yang tak lagi berhijab.

Sarah Hildebrand telah memberi sedikit ulasan tentang tindakannya itu.

Melalui instastories, pelakon ini upload satu pertanyaan mengatakan kenapa ada orang yang beragama, tetapi itu juga orang yang tak bertoleransi.

Kenapa ye, the most religious of us, are often also the most intolerant and hateful“.

Sementara itu, Sarah Hildebrand ada upload beberapa video di IG Story setelah tindakannya membuka hijab.

Hai semua, saya hanya nak beritahu bahawa soalan saya di igstory yang lepas adalah satu rhetoric question“.

Maksudnya saya tak mahu ada jawapan untuknya. Ianya satu soalan yang sudah ada statement dan kalian boleh fikir sedikit“.

Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang positif dan menyokong saya dan tidak hakimi saya. Itu satu yang sangat manis dan amat baik. Sebab kita tak tahu apa yang orang tempuhi“.

Suaminya iaitu Otto Gillen juga ada upload gambar menyatakan sokongan kepada isterinya itu yang tak berbelah bahagi.

Saya amat menyintai Sarah, dan saya akan sokong sepenuhnya semua keputusan peribadi yang dibuat olehnya. Inilah satu-satunya respon saya, jadi janganlah mesej saya tentang ini”.

Sebelum ini Sarah Hildebrand atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand buat pengumuman untuk memakai tudung pada hujung tahun 2015, kalau ikutkan dah lebih kurang 4 tahun berhijrah.

Sarah Hildebrand dan Otto Gillen bernikah pada hujung tahun 2019 setelah berkenalan di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Sarah Hildebrand ada meluahkan rasa tertanya-tanya setelah tidak ada banyak terima tawaran berlakon dan rupa-rupanya baru ketahui bahawa pihak produksi ingatkan dia sudah bersara.