Selamba cumbu dahi wanita atas pentas secara live, ini penjelasan Ariff Bahran

13,700 views

Penyanyi sedang meningkat naik iaitu Ariff Bahran telah lakukan satu kejutan apabila bertindak mencumbui dahi seorang wanita secara langsung ketika majlis Anugerah Drama Sangat (ADS) malam semalam.

Ariff Bahran naik ke pentas untuk buat persembahan, dan selesai saja tamatkan persembahan dengan rakan duet, Sarah Suhairi menyanyi lagu Bicara Rasa, seorang wanita tampil ke pentas, dan Ariff telah kucup dahinya.

Setelah menjadi tumpuan kerana bertindak sedemikian, pengacara majlis iaitu Nabil Huda lantas membuat pengumuman tentang hal berkenaan.

Nabila Huda terus menjelaskan status Ariff Bahran dan hubungannya dengan wanita berkenaan. Ini komen dari Nabila Huda.

“Wanita yang dikucupi oleh Ariff Bahran di dahi tadi tu sebenarnya merupakan isteri dia yang sah. Sebenarnya Ariff Bahran dah pun berkahwin dengan wanita itu pada tiga bulan lepas.”

Penjelasan dari Nabila Huda itu ternyata buat ramai terkejut. Akhirnya kini tuan punya badan tampil memberi penjelasan tentang hal ini.

“Syukur alhamdulillah, saya selamat bernikah pada tarikh 3 September 2021. Majlis pernikahan kami diadakan dengan mengikut SOP ketat.”

“Kami tak ada niat untuk sembunyikan atau merahsiakan pernikahan, cuma masa itu, situasi agak tak sesuai dan tak mengizinkan. Selepas berbincang dengan isteri dan pihak TV3, saya ambil keputusan buat pengumuman pada malam kemuncak Anugerah semalam.”

Ariff dan isteri merancang untuk adakan satu majlis resepsi pada tahun depan.

“Mulanya kami dah plan nak buat majlis resepsi tapi sebab saya ada kerja sampai Mac, jadi kami belum ada tarikh yang betul-betul.”

Nama isteri Ariff Bahran ialah Amirah Syazwani Mohd Ridzuan atau lebih mesra disapa Myra, yang berumur 27 tahun.

Ariff Bahran dan Myra Ridzuan bernikah di Jabatan Agama di Shah Alam pada tarikh 3 September, tahniah diucapkan.