“Kau menantu PM, boleh naik helikopter” Akhirnya Jovian Mandagie tampil bersuara

8,916 views

Sekarang ini Malaysia sedang dilanda banjir di beberapa tempat. Tempat yang jarang kena banjir, kini dinaiki air pula.

Antara isu yang timbul ketika banjir melanda ialah satu video yang dimuatnaik oleh menantu kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu pereka fesyen Jovian Mandagie.

Jovian Mandagie ada muatnaik dirinya menaiki helicopter ketika dilanda banjir dan ini membuatkan ada yang kurang puas hati.

Sesetengah mempersoalkan tindakan Jovian Mandagie itu dan menulis komen seperti ini, “Menantu Perdana Menteri boleh lah naik helicopter”.

Melihat isu itu menjadi viral, akhirnya Jovian Mandagie tampil memberi penjelasan. Jovian mengatakan bahawa ianya patut tak jadi isu kerana dia tak menggunakan asset kerajaan.

Ini penerangan dari Jovian Mandagie tentang helicopter.

“Berkenaan helikopter, ianya tidak perlu dipanjangkan lagi. Saya bukannya nak menunjuk, kalau nak menunjuk, saya dah posing dan dah buat video OOTD sakan. Hanya mereka yang kenal saya tahu, saya bukan macam tu.”

“Saya tidak guna aset dari kerajaan, tak mungkin saya akan guna benda yang bukannya hak saya. JIka kamu nak terus cakap benda tak elok, silakan, tapi ianya akan jadi satu ftnah.”

Jovian turut menerangkan helicopter itu adalah helicopter commercial dan tak sesuai digunakan untuk beri bantuan.

“Mengapa saya tak guna helicopter untuk tolong orang. Sebab itu merupakan helicopter jenis commercial, oleh itu tak boleh nak buka pintu dan turunkan bantuan atau naikkan mangsa, contohnya.”

Kemudian Jovian turut menerangkan dia bukannya beri bantuan selepas isuanya menjadi viral. Sebenarnya dia buat semuanya itu dengan ikhlas.

“Ada kata tiba-tiba saya beri bantuan setelah jadi viral. Saya ni membantu dengan ikhlas. Dulu ada bantu, apa pun bencana. Saya suka bantu orang.”

Jovian Mandagie yang berkahwin dengan kakak Dafi, iaitu Nina, berkata, lebih baik tidak bercakap hal yang tak benar tentang dirinya, dan kalau tak suka boleh lah unfollow laman media sosial miliknya.