Selepas menang Artis Baru Popular ABPBH, Chubb-E kini beli BMW

2,222 views

Masih ingat lagi dengan nama selebriti Chubb-E. Penyanyi dan composer ini mencetuskan persoalan ramai di anugerah bintang popular tahun 2020 apabila dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori Artis Baru Paling Popular di ABPBH.

Ketika itu ramai yang tertanya, siapakah Chubb-E ni. Pertanyaan ini termasuklah dari pengacara terkenal tanah air iaitu Azwan Ali yang mempersoalkan popularity Chubb-E.

Secara jujur Azwan Ali memang tak kenal siapakah Chubb-E sampaikan boleh menang ABPBH.

Sejak kemenangan di ABPBH itu, nama Chubb-E mula dikenali dan meningkat naik. Boleh dikatakan kariernya pun semakin baik.

Ini apabila Chubb-E mendedahkan kini dia telah pun mampu membeli kereta impian yang juga kereta pertamanya.

Chubb-E atau nama sebenarnya, Muhammad Sharul Ashlyn telah mampu memiliki kereta jenis BMW.

Jelas penyanyi berumur 22 tahun ini, kereta BMW itu memang telah lama diidamkannya, sejak dulu lagi.

Chubb-E memuatnaik gambar kereta barunya itu di laman media sosial semalam.

Ini tulis Chubb-E: “My first car is my dream car. Syukur alhamdulillah, all praise the most high. Counting blessings.”

Chubb-E turut mengatakan dia pernah memuatnaik satu post pada bulan Julai tahun 2020, yang mana dia memang mahu membeli kereta BMW, kini impiannya tercapai.

Ini yang ditulis oleh Chubb-E pada tahun 2020: “I will make sure that one day, imma put my hands on you”. Ketika itu dia muatnaik gambar kereta BMW berwarna kuning.

Di ruangan komen, ramai peminat yang mengucapkan tahniah kepada Chubb-E kerana dah mempu membeli kereta yang diidamkan pada usia yang masih muda.

Antara yang beri komen ialah Yuna yang mana penyanyi ini memuji Chubb-E sambil bercerita bahawa dulku kereta pertamanya ialah Toyota Corolla.

Selain menyanyi, Chubb-E juga seorang penari yang hebat dan berjaya merangkul naib juara program Dansa Dan Sing. Dalam perkembangan terkini, Chubb-E akan tampil dengan lagu baru tak lama lagi, pada bulan Januari ini.