Wanita lamar Natasha Hudson untuk dijadikan sebagai madunya

1,989 views

Natasha Liana Hudson, pelakon yang cukup cantik yang menjadi topic hangat sejak kebelakangan ini.

Sudah tutup dengan topic hangat berkaitan baju yang mendedahkan bahagian bahunya, kini Natasha Hudson ditanya tentang hal peribadi.

Kembali solo setelah berpisah dengan suami keempat, Natasha akui dah serik, namun ianya bukan bermakna dia tak mahu berkahwin lagi, cuma belum lagi sedia.

“Mungkin juga dah serik, saya tak lagi bersedia untuk cari pengganti. Sekarang ni dah cukup hati saya gembira, buat masa sekarang, cukuplah.”

“Boleh kata, saya masih dalam proses nak sembuhkan diri daripada luka lama. Oleh itu, soal pengganti, nanti dululah.”

Berbicara tentang lelaki idaman, Natasha sebenarnya tak kisah, dan tak cari lelaki yang terlalu sempurna, cukup yang mampu terima dirinya dan anak-anak.

“Saya tak harap kesempurnaan dalam hidup kerana seseorang itu tak tunjuk warna sebenarnya sebelum kahwin. Bila bersama, barulah nampak warna itu akan keluar. Oleh itu, jadi diri sendiri memang penting.”

“Jika seseorang lelaki itu terima saya dan anak-anak dengan baik dan ikhlas, itu pun dah cukup buat saya.”

Setelah kembali single, Natasha Hudosn yang kini sudah masuk ke usia 38 tahun, akui ada yang mahu berkenalan dengannya malah ada wanita yang mahu menjadikannya sebagai madunya.

“Pelbagai jenis jejaka yang kini cuba dekati saya. Bukan itu saja, selain lelaki, ada juga wanita yang cuba melamar saya untuk dijadikan madunya. Ini memang tak disangka, ianya diluar kotak fikiran saya. Saya akui tergelak bila dengar pelawaan sebegitu.”

Tentang berkenalan dengan lelaki baru, Natasha Hudson mengambil pendekatan untuk kenali lelaki dari kenalan sahaja, dan tak mahu mengenali lelaki yang agak asing terutama dari aplikasi yang ada menawarkan khidmat untuk berkenalan atau dating.

“Memang khuatir juga jika nak berkenalan dari media sosial atau aplikasi. Ini kerana, boleh kata mereka orang asing.”

 “Ada satu masa tu saya tutup akaun Instagram. Kerana ketika itu ramai lelaki-lelaki yang pelik ada cuba mengganggu saya.”

Itulah perbualan sedikit oleh wartawan dari portal Kosmo dengan Natasha Hudson. Semoga Natasha akan bertemu jodoh baru kelak.