“Nak jatuhkan kita” Akhirnya Waris dedah hal sebenar tentang menyanyi di masjid

4,966 views

Video penyanyi terkenal, Waris sedang menyanyi rap di majlis agama menjadi tular semalam. Ini membuatkan ramai geleng kepala menontonnya. Ramai berpendapat genre nyanyian Waris itu memang tak berapa nak kena dengan majlis ilmu yang sedang dijalankan.

Oleh kerana itu, ramai yang mempersoalkan tindakan Waris yang masih sanggup buat persembahan, walaupun ianya di majlis seperti sedemikian.

Tidak berdiam diri, Waris kemudian ada memberi komen tentang rakaman persembahan nyanyiannya itu.

Jelas Waris, video itu sebenarnya dah lama dan kini baru saja diupload kembali oleh pihak yang ada kepentingan.

Waris menyatakan dia hanya jadi bahan saja, dan orang yang sebarkan itu mahu dirinya dijatuhkan dan mahu orang ramai naik angin dengan dirinya.

“Pihak yang post video aku sedang menyanyi di masjid itu pun merupakan geng mungkir janji yang upload. Itu sebenarnya video lama yang dah diedit dan dipotong dari video IG TV.”

“Ikutkan tahun lalu mereka dah cuba tetapi tak berapa jadi. Jadi tahun ini, dia upload video sama lagi dan dia berjaya dah jadi tular. Tujuannya, nak buat korang semua naik angin. Aku ni hanya jadi bahan saja.”

Bagi Waris ini merupakan satu tanda sesuatu akan berlaku.

“Ini tanda-tanda. Memang betul-betul pihak ni nak menang. Aku sayang kat korang dan kali ini aku kena buka mulut dan taknak korang terkena sekali lagi.”

“Mulo-mulo nak jatuhkan kito. Lopehtu viralkan kito. Kocam kito. Kito ni okej sajo. Tidak takut tersiksa katkubur kah”

Itulah penjelasan dari Waris tentang video nyanyiannya di sebuah masjid di satu majlis ilmu. Persembahan itu diadakan pada bulan November tahun 2021 sempena sambutan Maulud Nabi di Masjid Ibnu Khaldun.