Setelah kena saman, netizen terus minta maaf Puteri Sarah “Saya tak akan tulis komen lagi”

3,609 views

Semalam pelakon Puteri Sarah Liyana dah pun hantar notis setelah memfailkan saman ke atas seorang individu.

Ini semuanya gara-gara individu berkenaan menulis hal yang tak benar dan tak tepat tentang diri Puteri Sarah Liyana ekoran isu rumah tangga yang melanda.

Ada beberapa tuduhan dilemparkan kepada Puteri Sarah antaranya mengajak orang ramai untuk melahirkan rasa tak suka kepada Ira Kazar.

Dalam satu perkembangan terkini, surat saman berkenaan telah pun diterima oleh individu tersebut.

Kata Puteri Sarah, individu itu kemudian telah membuat satu permohonan secara terbuka dan akui kesilapannya.

“Permohonan maaf secara terbuka telahpun diterima dari pihak di sana, terima kasih diucapkan.” Kata Puteri Sarah.

Individu itu akui menerima surat tuntutan dari lawyer yang mewakili Puteri Sarah iaitu Natasha Basheer and Associate.

Selain memohon maaf, individu itu turut sempat mendoakan agar segala urusan Puteri Srah akan dipermudahkan.

“Saya dengan ikhlas, mahu meminta maaf kepada Puteri Sarah kerana posting saya di laman Ig tentang isu rumah tangganya.”

“Dah dapat letter of demand, dan saya tak akan menulis atau membuat lagi sebarang kenyataan tentang rumah tangganya.”

“Mohon maaf sekali lagi kepada Puteri Sarah dan juga keluarga yang telah terkesan dan terasa hati dengan apa yang ditulis.”

 “Saya doakan agar Puteri Sarah diberikan ketenangan serta kebahagiaan. Semoga urusan Puteri Saraj akan dipermudahkan.”

Ini penulis permohonan maaf dari individu itu kepada Puteri Sarah Liyana.

Diimbas kembali, psoting dari individu ini dibuat bebrapa hari lalu, dan menuduh Puteri Sarah Liyana mempertahankan suaminya, Syamsul Yusof kerana mempunyai banyak wang.

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof disatukan sebagai pasnagan suami isteri pada tahun 2014 dan mempunyai dua anak.