Bekas personaliti TV3, Zalina Azman disahkan hilang, ini kronologi kesnya

15,552 views

Ini satu berita tentang bekas personaliti TV3 iaitu Zalina Azman yang dilaporkan telah hilang. dan tidak ditemui.

Polis kini sedang giatkan usaha mencari Zalina Shaharah Azman yang menggunakan nama Zalina Azman ketika menjadi personality TV3 dulu.

Zalina Azman telah dilaporkan hilang sejak bulan November tahun lepas, kira-kira 8 bulan yang lalu.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Jelasnya, pihak polis mula menerima laporan dari pihak family Zalina, tentang kehilangannya pada tarikh 29 November tahun 2021.

Ini kenyataan dan kronologi kes dari pihak polis.

“Dari laporan itu, anak Zalina dikatakan cuba menghubungi ibunya bermula dari tarikh 24 November 2021. Ini keran ketika itu anak mahu memaklumkan bahawa datuk telah masuk ke hospital. Akan tetapi, cubaan anak mencari ibunya telah gagal.”

“Kemudian pada tarikh 29 November 2021, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya ada di tepi rumahnya.”

“Semasa masuk ke rumah, pengadu mendapati keadaan di dalam rumah berselerak, tak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya. Dalam beg duit itu, ada kad pengenalan ditemui, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta dan juga wang sejumlah RM600.”

“Namun ketika itu, keberadaan ibunya tak dijumpai. Semua usaha untuk mencari telahpun dijalankan namun masih lagi tak berjaya temui Zalina Azman.”

Bermula hari semalam, pihak polis mula membuat hebahan tentang kehilangan Zalina Azman agar dapat membantu menyiasat kes ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam turut menyiarkan gambar Zalina Azman yang terkini berserta maklumat tentangnya kulit hitam manis, tubuh kecil dengan tinggi lebih kurang 158 sentimeter.

Sekiranya ada maklumat tentang Zalina Azman boleh hubungan penyiasat di nombor 0355194622.